View: 1769|Reply: 53
|
'Harga Barang Tak Naik Fakta, Bukan Tak Berpijak Di Bumi Nyata' - Salahuddin
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan harga barangan asas yang dikawal kerajaan tidak meningkat meskipun timbul dakwaan mengenai kenaikan harga yang dibuat segelintir pihak.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pemantauan sentiasa dilakukan penguat kuasa KPDN untuk memastikan harga barangan kawalan berada pada atau di bawah paras ditetapkan, selain meneliti secara terperinci aduan yang diterima.
"Jika dikatakan ada kenaikan mendadak bagi barangan asas, itu tidak benar sama sekali. Kita mengawal 43 jenis barangan kawalan, 11 harga kita kawal dan satu pun tidak naik.
"Sebagai contoh barang yang kita kawal, minyak bersubsidi tidak naik (harga) dan yang lima kilogram kemasan, kita hadkan pada RM30.90, (itu pun) tidak naik.
"Harga beras tidak naik dan kalau beras putih basmathi itu, perlu dibayarlah (pada harga tinggi) sebab kita tidak kawal. Harga RON95 itu terkawal.
"Apa lagi barangan yang menjadi keperluan asas, tidak naik kerana 53 barangan ini memang kita kawal dan sesiapa yang naikkan harga akan berdepan tindakan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengenai berlaku kenaikan harga barangan di pasaran kerana peniaga terpaksa menaikkan harga berikutan pembekal menjual pada harga yang tinggi.
Menjawab dakwaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai kenyataan harga barangan asas tidak meningkat sebagai tidak berpijak di bumi nyata, Salahuddin berkata, semua fakta itu diperoleh daripada penguat kuasa KPDN yang turun ke lapangan.
Beliau mengakui kemungkinan ada kenaikan pada harga barangan yang diolah atau dimasak, namun tidak bagi barangan asas yang dikawal.
"Jadi, atas apa pun hujah yang diberikan kepada kementerian, semua barangan kawalan yang kita senaraikan dan wartakan tetap tidak naik dan rakyat boleh beli dengan harga yang ditetapkan.
"ada masa sama, dengan jualan Rahmah di pasar raya, rakyat boleh berjimat lagi. Itu komitmen yang kita berikan," katanya.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
liar liar your mom on fire |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ni dok dimensi mana la tu.
Jeles ai. |
|
|
|
|
|
|
|
In denial sungguh… |
|
|
|
|
|
|
|
Susah bila tak pernah masuk pasar, tak pernah beli barang. Tol minyak pun tak payah bayar. Pendek kata golongan yg tak terasa dengan peningkatan harga sebab gomen tanggung semua. Tak perform pun dapat pencen. Lagi baik dari buat kerja keras. Tak gitu pak menteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan sotong udang bukan dlm barg kawalan eh. Sutun skrg rm33 sekilo. Dkt ganu tu musim sutun pun jual mahal jgk. Xpaham aku |
|
|
|
|
|
|
|
harga barang naik je aku tgk kat pasar n pasaraya...dia tgk kat pasar malam bunian kot, harga mati |
|
|
|
|
|
|
|
The delusion is real gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni shopping groceries pernah wat sendiri x... |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 22-5-2023 03:40 PM
Ikan sotong udang bukan dlm barg kawalan eh. Sutun skrg rm33 sekilo. Dkt ganu tu musim sutun pun jua ...
Sebagai penggemar sotong. 33 tu murah. Lama dah sekilo rm 40++ |
|
|
|
|
|
|
|
ko nak membongak menipu pengundi bodoh yg undi kau n sokong bangnon boleh la... NOT US gituhhh |
|
|
|
|
|
|
|
card_reader replied at 22-5-2023 03:56 PM
harga barang naik je aku tgk kat pasar n pasaraya...dia tgk kat pasar malam bunian kot, harga mati
Barang apa uol? |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 22-5-2023 06:35 PM
Sebagai penggemar sotong. 33 tu murah. Lama dah sekilo rm 40++
Murah ke? Ada ckp mahal. Iols sutun beli je. Dh jarg masak sutun. Sambal sutun 1 sudip kecik tu rm6 |
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 22-5-2023 03:34 PM
Susah bila tak pernah masuk pasar, tak pernah beli barang. Tol minyak pun tak payah bayar. Pendek ka ...
Kalau gomen tanggung sumer, maknanya rakyat lerr yg tanggung sumerr.. sumerr tu taxpayers money, bebehh..
Ckp mamat ni serupa laki tak pernah pi ke pasar beli ikan..
Brg mkn siap mmg dah naik rega.. dah ada siling price lain.. ni tunggu rega naik lagi bila mcm2 subsidi kena tarik.. deme cek rega 5 menda asas? Amender 5 menda asas tu? Menda2 lain? Takkan mkn menda asas jahh?? Carbs, sugars and fats tanpa proteins and minerals? |
|
|
|
|
|
|
|
depa duk kat multiverse lain ni..
timeline dia lain dari BUMI Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu sudip ..ada saya haritu sotong siap masak 6.00 sekor..
nak kata kecik..takde la..besar skit dari ibu jari saye
|
|
|
|
|
|
|
|
member aku bisnes kuih kat Sg Besar..
beli raw materials direct dr pengeluar
dia kata...
dulu kelapa RM1.30 (dari pemilik kebun area Sg Besar)
la ni RM1.60/ 70..
so, adakah kita nak suruh muntri bgtau pemilik kebun kelapa tu utk turunkan rege kpd RM1.30 balik
--
gaji minimum RM1,500...
adakah restoren atau bisnes nak tanggung kenaikan ke gaji minimum tu..
otak lombu |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la tak ghasa.. depa gelang anak bini pun org mai hantaq rumah.. takyah suruh FOC |
|
|
|
|
|
|
|
Harga barang kawalan memang tak naik!! Ada apa jer kategori harga kawalan tu.
Bahan mentah lain naik kot. Tak kan kau nak suruh orang hadap makan telur sepapan jer |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sadis...nak balik ganu raya hj nak kidnap sutun byk2...tgh musim..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|