View: 1538|Reply: 10
|
Nadeera Mohon Maaf, Konsep Pakaian Tak Sesuai
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Penyanyi, Nadeera Zaini yang juga peserta program realiti nyanyian memohon maaf kerana konsep pakaian yang kurang sesuai dengan lagu yang dipersembahkannya iaitu Rahmatun Lil' Alameen.
Menerusi hantarannya di Instagram, Nadeera atau mesra disapa dengan panggilan Nad menerima segala kritikan dengan hati terbuka untuk penampilannya saat menyanyikan lagu berkonsepkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW itu.
"Terima kasih kepada pasukan produksi, pemuzik, penggubah lagu, pasukan penata gaya dan pihak pengurusan yang memberikan Nad kerjasama yang baik.
"Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini.
"Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi. Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada," tulisnya.
Menurutnya, dia dan pasukannya bertungkus lumus mencari konsep yang sesuai dari pelbagai sudut untuk persembahan minggu ketiga itu.
"ada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil' Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan.
"Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan 'mood' pertandingan dan sesuai dengan nada suara Nad.
"Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi (malam tadi)," tulisnya.
Di konsert minggu ketiga itu, Nadeera tampil dengan busana merah hati dan menutup sebahagian rambutnya untuk disesuaikan dengan lagu ketuhanan itu.
Minggu hadapan, Nadeera mendapat tugasan untuk mempersembahkan lagu Bunga Bunga Cinta yang dipopularkan oleh penyanyi, Misha Omar.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Confused... Lagu punyalah menyeru2... memuji Rasullullah.. Yg tukang nyanyi nya punnnn.
Bkn lah nak suruh berbungkus mcm Hajjah Neelofa pun tp Kurang2 hormatlah maksud lirik tu.. Kan nak ajak org kebaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pondan lorong mana ni?
Sorry dek, akak tak tgk TV dah lama,so tak kenal.
Tapi muka kau dek, tetap mcm pondan lorong salah bikin |
|
|
|
|
|
|
|
Leher baju tu membuatkan sheols mcm xde leher...buruks nau nau.. Terganggu iols |
|
|
|
|
|
|
|
Kau kafir ke sampai taktau mesej or maksud lagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
pakai baju kurung pon okay je, sopan |
|
|
|
|
|
|
|
sebab huduh, tokti selamber je album tahajud cinta cover album ada jambul |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk petang tadi, geleng kepala.. umur berapa, dah nmpk tua sgt. Gambar atas sekali,ingat kembar kak nita.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko lari ek dek masa ada subjek pendidikan islam kat sekolah? tu sebab otak tak ada kan masa pilih lagu tu untuk nyanyi. yang ko tau, lagu ni hype! bebudak yg nyanyi lagu ni pun, beribu kali sopan dari ko! b0d0h tu simpan sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|