View: 1535|Reply: 12
|
'Sikit Saja Ni, Pinjaman Allah' - Shahronizam Noor
[Copy link]
|
|
Pelakon Shahronizam Noor, 51, menyifatkan kehilangan jari kelingking kiri yang putus ketika memotong ayam untuk memberi kucing makan di rumahnya pada 10 April lalu, sebagai ujian kecil daripada Allah.
Shahronizam ketika ditemui berkata, anggota badan seperti jari itu adalah pinjaman daripada Allah dan bila-bila masa saja boleh diambil semula dalam apa keadaan yang menjadi penyebabnya.
"Apapun, saya bersyukur kerana tidak panik ketika berhadapan kemalangan dan saat cemas bersendirian di rumah. Isteri saya, Safura ketika itu berada di Singapura kerana mengikuti karnival jualan sempena Ramadan di sana.
"Saya dihantar ke Hospital Ampang untuk dapatkan rawatan dengan bantuan jiran. Alhamdulillah, sedikit pun saya tidak panik kerana penting untuk saya memastikan keadaan diri stabil dan tenang. Benda pun dah jadi.
"ada isteri pun, saya hubungi dia beritahu hanya alami kemalangan kecil dan ringan saja. Ini kerana, saya tidak mahu dia (isteri) rasa panik dan fikir macam-macam sebab perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur dari Singapura itu jauh.
"Lagi pula, saya sudah menerima rawatan di hospital. Jadi, tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Cuma, saya yang harus utamakan keselamatan perjalanan pulang isteri ketika itu," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga penerimaan orang tuanya di kampung ketika balik beraya pada Aidilfitri lalu, Shahronizam berkata, ibunya agak sedih melihat dia sudah tiada jari kelingking.
"Emak saya memang sedihlah bila tengok jari kelingking saya sedikit saja yang tinggal. Tapi, benda dah jadi, sabar sajalah. Benda pun sedikit. Kita pun semua ini pinjaman. Mungkin sekarang jari yang diambil oleh Allah. Esok nanti, badan kita pula. Pinjam saja, tak ada masalah pun," katanya.
Shahronizam berkata, dia juga bernasib baik mempunyai perlindungan insurans peribadi, namun mengakui tidak membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Shahronizam yang berasal dari Taiping, Perak kini membintangi drama Isteri Halal bertemu jodoh dengan penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob pada 2006 dan mempunyai empat cahaya mata.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia ni. Lebih pentingkan isterinya dari dirinya. Contoh suami dan lelaki yang baik. Semoga tiada yang menyondol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by red_velvet at 21-5-2023 10:08 PM
Aku suka pakcik ni.. tak hensem tapi very the lelaki... Suka dia since berlakon pontianak harum sundal malam... Berlakon pun bagus ada jiwa.. dia ngan tok danish bagus lagi dia berganda2...idokler asyik nak watak hero baik je ... Semoge baik2 saje pakcik |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet: Edited by red_velvet at 21-5- ... tok danish sapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia lakibini mmg bgs. Anak2 pun elok. |
|
|
|
|
|
|
|
cara respon pn very tenang, redha. masuh dpt pikir psl bini die. alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bab2 bersilat lg terer dr Adi Putra tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 21-5-2023 07:17 PM
Bagus dia ni. Lebih pentingkan isterinya dari dirinya. Contoh suami dan lelaki yang baik. Semoga tia ...
Semoga tiada penyondol walau kak pora ada kes menyondol |
|
|
|
|
|
|
|
Cleocatra replied at 22-5-2023 02:46 AM
Rosham Al Nour
Kalau bercakap serupa orang x sekolah
oo tq info.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahronizam berkata, dia juga bernasib baik mempunyai perlindungan insurans peribadi, namun mengakui tidak membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Masa bln pose ramai netz kata pasal insuran ni
X baik betul..... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk dia berlakon bapak2 atau suami org esp dlm movie pontianak dgn kak maya dan pembancuh kopi mr vampire. Very the fatherly. Ada karisma |
|
|
|
|
|
|
| |
|