CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6096|Reply: 63

“Saya Tak Mahu Gagal Lagi” - Lima Tahun Menduda, Esma Daniel Selamat Bergelar Suami Nur Atira

[Copy link]
Post time 20-5-2023 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Esma Daniel menamatkan zaman duda apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya iaitu Nur Atira Mazlan, 31, pada Sabtu.


Berkongsi berita gembira itu, Esma, 54, berkata, mereka disatukan sebagai suami isteri pada upacara yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor.






Kata Esma, meskipun sudah mempunyai pengalaman berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini namun tetap gementar apabila dinikahkan sendiri oleh bapa mentuanya, Mazlan Abd Malik.


"Syukur semuanya berjalan lancar. Kami bertunang pada 22 Januari lalu dan pada awalnya rancang 'ikat' selama setahun sebelum nikah. Tetapi rasanya elok disegerakan apabila keluarga pun merestui hubungan kami.


"Saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Walaupun dah ada pengalaman sebelum ini, rasa gementar tetap ada," katanya ketika dihubungi mStar.






Dalam pada itu, Esma berkata, hatinya mula terbuka untuk kembali berumah tangga selepas merasakan Atira adalah pasangan yang sesuai buatnya.


Esma turut berdoa agar perkahwinan kali ini yang terakhir dan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.


"Saya dah pernah dua kali gagal dalam rumah tangga. Jadi kali ini mestilah nak pastikan hubungan dengan isteri kekal hingga akhir hayat.


"Lima tahun saya menduda... keputusan untuk kembali berkahwin bukan satu yang mudah. Saya tak mahu gagal lagi," ujarnya.


Sementara itu, Esma berkata, sebelum ini dia juga pernah membawa Atira ke lokasi penggambaran agar isterinya itu memahami tugasnya sebagai orang seni.


Ini kerana katanya, pada awalnya penerimaan isteri terhadap kariernya berbeza namun mula memahami apabila sering diajak ke lokasi penggambaran.


"Maklumlah dia bukan seorang pelakon. Jadi saya selalu bawa dia ke set penggambaran supaya dia faham situasi, suasana dan kerja saya," jelasnya.


Untuk rekod, Esma pernah berkahwin dengan aktres Sherie Merlis pada 1992 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 1997.


Aktor itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun bercerai pada 2016.


Hasil perkahwinan itu, Esma dan Nitra dikurniakan enam orang cahaya mata.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai anak dia rupanya.. tahniah la dpt kawin lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.
Semoga pernikahan diberkati-Nya sehingga ke akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Peerghh ank dh 8 ... Yg ni xmustahil dot lg .. meriah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah la pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
8 anak tetap helok ok la.. janji ank-ank cukup pak bagi keperluan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pakcik untunglah kali ke-3 dapat yg muda jelita
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik jeri alexander apa cerita? Ke nak tunggu raya haji?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Punca dia divos dgn sherrie, iols tk pasti tp 2nd marriage dia kecundang lepas bini dia ada affair dgn laki org. Time tu ramai yg tuduh ED ni yg curang tp finally leak crita exbininya yg ber-affair. Tp walopun dah beranak 5, body dan muka sheols menten cun
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:56 PM | Show all posts
wife ke3 heols ni sbelum ni anak dara la ye?
hebattt
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn jd biawak hidup lg
Kesian kt ex wives ko sbb kene bela biawak..sib baik hensem la..tp hensem2 pun bukan bleh buat perut ko kenyang pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-5-2023 07:59 PM
Jgn jd biawak hidup lg
Kesian kt ex wives ko sbb kene bela biawak..sib baik hensem la..tp hensem2 pu ...

Tapi kalau ada yg sudi membela biawak, xde masalah sis. Biasanya biawak akan cari gadis yg tiada masa silam dan anak yatim wlaupon biawak dah pnh kene tgkap basah 2 kali sblom ni (citer ni xde kene mengena dgm atok Isma yinneh)
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 20-5-2023 08:19 PM
Tapi kalau ada yg sudi membela biawak, xde masalah sis. Biasanya biawak akan cari gadis yg tiada m ...

Biasanya kalo bini2 ni nak kaver laki depa biawak, depa ckp laki depa keje FREELANCER je
Kalo yg mmg betul2 freelance tu aku paham la gak..ada job, ada projek yg berbayar etc.
Tp ni kalo bini nak cover maluuuu la sbb laki biawak kan..mmg dia ckp kt org,laki dia freelancer
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-5-2023 08:21 PM
Biasanya kalo bini2 ni nak kaver laki depa biawak, depa ckp laki depa keje FREELANCER je
Kalo yg m ...

Hahaha betul2 freelunch...kalau tak jual insurans..main saham
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak 8, yg ni leh tambah lagi 6
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 20-5-2023 07:36 PM
Acik jeri alexander apa cerita? Ke nak tunggu raya haji?

Roadtax dh 2 kali expired
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak banyak taniaa, ramai anaknya dgn bini 2. Ex dia, sherie tu masih bersama Ash ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 09:21 PM | Show all posts
mamastoney replied at 20-5-2023 07:47 PM
Punca dia divos dgn sherrie, iols tk pasti tp 2nd marriage dia kecundang lepas bini dia ada affair d ...

first time iols dgr teh ni

teringat cite host sendu media prima scandal dgn pembaca berita tv9, geli tgk whatsapp convo walaupun yg pmpn tu baru je beranak.... dalam beranak 6 tu pun boleh berscandal, banyak sungguh time sheols ya

ED ni anak2 ramai heols ada business ke? ye la job jadi pelakon kt msia ni sendu, payment lagi la sendu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Selang 2 tahun, beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 10:18 PM | Show all posts
wife no 3 ni baru lahir masa ED kawin SM

tua sikit dari anak sulung ED

anyway...tahniaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.100673 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list