CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 4

[Dunia] Singa makan tuan di Slovakia

[Copy link]
Post time 20-5-2023 06:05 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG pemilik zoo dibaham singa peliharaannya di Oskerda, Slovakia baru-baru ini. - Foto Newsflash


Singa makan tuan di Slovakia

BRATISLAVA, Slovakia – Seorang pemilik zoo maut dibaham singa ketika memberi makan binatang buas tersebut, manakala polis hanya dapat menemui anggota badannya di tempat kejadian, lapor portal berita Daily Star semalam.

Jozef B, 56 yang dikenali sebagai Joe Exotic dan berasal dari Britain terbunuh pada Selasa lalu di zoo kecil miliknya di Oskerda, Slovakia.

Pemilik zoo itu mempunyai permit untuk memelihara binatang buas tetapi ia telah tamat tempoh pada 2019, manakala Jozef tidak memperbaharuinya sehinggalah  dia mati dibaham singa-singa tersebut.

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Peter berkata: “Dia sangat sombong, dia tidak tahu bagaimana cara untuk berkelakuan. Dia mendera haiwan dan keadaan binatang itu sangat teruk.”

Pada 2019, seorang wanita berusia 29 tahun cedera ketika ‘bermain’ dengan seekor harimau di zoo tersebut dan Jozef ketika itu berkata: “Kami akan terus beroperasi dan tiada siapa yang berisiko di sini.”

Polis tempatan membunuh dua ekor singa selepas menemui bahagian tubuh manusia milik Jozef.

Pihak berkuasa kini mempertimbangkan untuk membunuh semua singa dan harimau di zoo itu. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05/20/singa-makan-tuan-di-slovakia/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk utube pasai dean dok main acah2 dgn singa..

https://youtube.com/shorts/dIR7jeeMvzQ?feature=share
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:15 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 20-5-2023 06:17 PM
Baru tgk utube pasai dean dok main acah2 dgn singa..

https://youtube.com/shorts/dIR7jeeMvzQ?feature ...

Best gila tonton video dia

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur betul komen jiran mangsa..biasanya orang akan cakap ' arwah baik orangnya'..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 20-5-2023 07:15 PM
Best gila tonton video dia

Kaaannnn... dia bela singa tu dari kecik.. dia dah dianggap sbg part of the pride.. ada hyena sekali jadi anjing belaan..

https://youtube.com/shorts/FpQJlUyYDCs?feature=share

Ada satu mamat ruski bela singa kat umah.. first singa mmg kesayangan famili.. pastu singa ni mati.. so deme bela singa kedua.. singa kedua ni ganas sket.. lepaih tuan laki dia mati, singa kedua ni terkam balu tuan dia sampai kiok.. so bkn sumer singa bleh dibuat pet...

Ada sorang lagi mamat ni jadi trainer boya.. mmg nampak kewl la..

https://youtube.com/shorts/lgM1_dkapFs?feature=share

https://youtube.com/shorts/m8JjTG_7GW8?feature=share

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050666 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list