CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Danial Syahmi kembali ke trek awal bulan depan

[Copy link]
Post time 20-5-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Danial Syahmi (kiri) bersama Hakim Danish Ramli dalam satu majlis anjuran SIC baru-baru ini. Foto: SIC

KUALA LUMPUR: Kecederaan lutut Danial Syahmi Ahmad Shahril semakin menunjukkan pemulihan positif dan pelumba muda negara itu dijadual kembali beraksi di litar pada Pusingan 3 Kejuaraan Dunia JuniorGP di Jerez, Sepanyol bulan depan.

"Lutut sudah banyak bergerak dan kurang sakit," kata pelumba berusia 20 tahun itu. "Sebelum pembedahan, doktor kata ia akan ambil masa empat minggu untuk saya kembali berlumba di trek.

"Sekarang ini sudah memasuki minggu kedua selepas pembedahan, saya masih ada dua minggu lagi untuk pemulihan dan akan kembali menunggang pada bulan depan di Pusingan 3 JuniorGP di litar Jerez dan Pusingan 4 Red Bull Rookies bulan depan.

"Sekarang ini, pasukan menjaga saya dengan baik, mengatur apa yang saya boleh buat (pada masa ini) contohnya fisioterapi dan gimnasium tiga kali seminggu. Jadi apa yang boleh buat sekarang ini, saya mohon rakyat Malaysia supaya saya cepat sembuh dan boleh kembali ke litar dengan secepat mungkin.



"InsyaAllah, saya akan kembali dengan kuat dan memberikan sehabis baik di pusingan akan datang di Jerez nanti."

Pusingan 3 Kejuaraan JuniorGP dijadual berlangsung di Litar Jerez pada 4 Jun ini, litar yang menyaksikan dirinya terbabas ketika sesi kelayakan Pusingan 2 Red Bull Rookies Cup pada April lalu sehingga retak buku lali kiri.

Selepas di Jerez, Danial Syahmi dijadual ke Litar Mugello, Itali untuk Pusingan 4 Red Bull Rookies Cup dari 10 hingga 11 Jun ini.

Danial dan pasukan ZK Racing Team memutuskan untuk menjalani pembedahan pada 4 Mei dan impaknya, dia terpaksa melupakan perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan JuniorGP di Litar Estoril, Portugal pada 7 Mei lalu.

Ini bukan kali pertama kecederaan membelenggu Danial Syahmi selepas pernah mengalami kemalangan serius ketika perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2018. Pada ketika itu, tulang betis kanan Danial Syahmi hancur kira-kira 10 sentimeter (cm) sehingga memerlukan tempoh rawatan panjang sehingga lebih setahun.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ek-awal-bulan-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049003 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list