CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 2

Setiap Kali Syatilla Mengandung Mesti Sam Teringin Roti Bakar, Tapi Yang Ketiga Lain Macam Mengidam Daging Wagyu!

[Copy link]
Post time 19-5-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Memiliki tiga cahaya mata juga tidak menghalang Shaheizy Sam untuk terus menjaga fizikal bentuk badannya terutama ketika membawa watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 3, arahan Syafiq Yusof.


Sam berkongsi mempunyai tabiat pelik ketika isteri tercinta, Syatilla Melvin sedang mengandung.


Katanya, dia akan teringin makan roti bakar setiap masa Syatilla mengandung.




IG




“Syatilla masa mengandung tak ada mengidam apa-apa. Tapi mengidam itu berbalik keapda saya sebab saya sedar setiap kali isteri mengandung saya akan nak makan roti bakar. Masa first baby, Syeriv, saya realize saya memang dok layan roti bakar mamak yang kenyal-kenyal tu.


“Kali kedua, saya terasa balik. Tilla dah panic dah.. Dia macam bagi petanda yang isteri saya mengandung, bila check, betul mengandung. So everytime mengandung memang rasa nak makan roti bakar.


“Tapi, yang ketiga ni pula dia anak yang mahal sikit. Syukur, Tilla tak ada morning sickness. Cuma masa trimester pertama, dia tak boleh tengok rumah. Jadi kami terpaksa tinggal di hotel selama sebulan..


“Ketika itu, saya tak ada rasa nak makan roti bakar, tapi terasa nak makan wagyu beef. Saya pernah buat video masak tomahawk, memang masa tu saya nak wagyu saya sampai 2-3 kali,” ujarnya.


Sam berkongsi gelagat ketiga-tiga anaknya iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 3, dan Salama Samheizy, 2 sangat berbeza.


Menurut Sam, anak ketiganya iaitu Salama sangat hyper dan mulut sangat celoteh bercakap… Mungkin ikut perangai ibunya, Syatilla!


“Syeriv, agak nakal seperti anak lelaki lah. Anak kedua saya, Serima dia sangat independent. Dia boleh duduk seorang diri, nak pergi toilet pun sendiri, dia tak perlu kacau orang.




IG




“Tapi nampak gayanya yang ketiga, ini yang paling hyper, Salama. Anak saya yang ini walaupun dia kecil lagi tapi kita dah nampak abang dia mesti akan kena dengan dia ni.


“Bila dia excited tu.. memang luar biasa. So rasanya mungkin dia akan jadi paling gangster sekali. Dia lagi aktif dari abang dia. Walaupun tak pandai bercakap lagi, tapi mulut dia sentiasa berbunyi so dari situ nampak la dia ni memang anak yang banyak cakap,” katanya.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2023 07:17 PM | Show all posts
so ko nak bagitahu si bingit tu somi dan ketua rumah tangga lah yer dan engko plak yang jadi bini yang mengandung dan mempunyai faraj...

lagipun bini la gmasyuk dari laki... so bini lah yang bagi nafkah tak gitu...
yang laki plak duk umah je tunggu job masuk... tu pun kalau jual air jagung kat tepi jalan lagi masuk dari menunggu job... macam si amir tu...

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 10:10 PM | Show all posts
hahahahaha comel je family ni, semoga sentiasa berbahagia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043366 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list