View: 2027|Reply: 25
|
Meerqeen Tak Gila Duit- Hanya Terima Job Yang Diminati, Bayaran Tak Setimpal Pun Okay Je
[Copy link]
|
|
Walaupun sentiasa menjadi pilihan jenama antarabangsa, Meerqeen tidak pernah meletakkan harga tinggi bagi tawaran diberikan kepadanya.
Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, dia tidak pernah meletakkan wang ringgit sebagai perkara utama.
Foto: IG
Sebaliknya pelakon ini lebih tertarik dengan kualiti sebelum membuat keputusan dalam setiap tawaran diberikan kepadanya.
"Saya tak pilih duit tapi mementingkan kualiti dalam sesuatu perkara saya buat. Sebagai contoh saya terima tawaran berlakon jika watak diberikan kena dengan minat meskipun bayarannya tidak setimpal.
"Tiada isu tentang harga tinggi atau saya utamakan duit. Saya lebih melihat kepada kualiti sesebuah karya yang ditawarkan kepada saya.
"Dalam pemilihan jadi duta sesuatu jenama pun saya ikut kesesuaian personaliti diri, kenalah sesuai dengan apa saya suka," katanya kepada mStar.
Tambah aktor ini apabila mula menjadi perhatian jenama besar antarabangsa, dia juga perlu sentiasa menjaga reputasi dan nama baik supaya terus disenangi banyak pihak.
“Apabila bekerja dengan jenama-jenama besar yang dikenali ramai orang, saya kenalah berhati-hati menjaga nama sendiri.
“Apa sahaja yang dilakukan perlu berjaga-jaga supaya imej sentiasa baik,” ujarnya.
Soalan berkaitan hubungan rapatnya dengan aktres Anna Jobling pasti akan terus menjadi perhatian.
Tidak pernah meletakkan status hubungan istimewa antara mereka, Meerqeen juga lebih selesa mengelak jika ditanya soal cinta.
“Saya tidak pernah declare apa-apa pun,” jawabnya ringkas.
Status hubungan Meerqeen dan Anna terus menjadi tanda tanya kerana sering muat naik gambar bersama.
Dalam perkembangan lain, kata Meerqeen dia kini mengambil tempoh rehat dari terlibat dengan sebarang penggambaran selepas lebih empat tahun bergelar anak seni.
“Saya rehat bermula awal Mei hingga Ogos nanti. Hanya rehat dari dunia lakonan tapi masih ada kerja-kerja lain yang tertangguh perlu diselesaikan.
“Lebih baik saya siapkan semua kerja itu dan apabila masuk set semula tak perlu nak fikir lagi akan hal tersebut,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
dia jadi duta brand hebat2 jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
khen kaka.. tak main la beli barang lepastu tag2 sendiri brand2 tu sambil mencangkung dengan backdrop berlumut bagai...
paling tak boleh belah dengan kopi starbucks pun di sumbatnya dalam satu gambar...
hujung2 sidai seluar dalam kat beranda...
|
|
|
|
|
|
|
|
mencangkung meniarap last2 apply jd ambassador jer mampu
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la..sama je akak n adik yg adik beria la sidai coli pasar malam kt pagar konon nk menunjuk dia sorang ade coli merah..coiiiii..iollss yg marhaen pun pkai lasenza pling basic pun triumph sloggy kalau da dintis sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
kumpul lah aset sementara tengah laku ni dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ahaha hujung2 sidai coli pasar malam kat beranda...
takleh belah di hangkutnya kakak2 sekali buat photoshoot syok sendiri...
sesambil tu naagin mata hijau dok up story memuji lah anak2nya yang di ngandungkan siap boleh rasa aura panas sejuk persis nuclear reactor...
dah selesai upload... gigih la cari satu2 nama ig brand dan tag2 sendiri brand2 tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia ni mcm lebih kurang usia Scha, Nora, Fazura. Awal gak eh mak dia kahwin… dpt kan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kau berlakon citer nenek kebayan tu best gak dik
amik citer mcm tu la bagus. ni tak nak jgk berlakon meleleh dgn joblik kau tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek bongkok toga tue make sense lh panggil karya dikk..tolo utk pdaus tue erghhh tue ker yg ko panggil minat dikk |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 19-5-2023 01:07 PM
khen kaka.. tak main la beli barang lepastu tag2 sendiri brand2 tu sambil mencangkung dengan backd ...
Kejam nya kak dude!!! penat iolls gelak, tapi btl apa. Ujung2 sangkut spender bra je mampu |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 19-5-2023 04:22 PM
Mak dia ni mcm lebih kurang usia Scha, Nora, Fazura. Awal gak eh mak dia kahwin… dpt kan dia.
Mak dia adik Safura penyanyi 90an tu.
Kira sebaya Nora, Erra gitulah.
Hujung 40an |
|
|
|
|
|
|
|
EriaDoritis replied at 20-5-2023 12:53 AM
Mak dia adik Safura penyanyi 90an tu.
Kira sebaya Nora, Erra gitulah.
Hujung 40an
45 years old to be exact.. Dia ada ckp kat hotfm bulan pose ari tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dik meme nape ko buat rambut kinting ala mullet. Tak suit dgn muka. Botak lagi ensem muka ko dik... |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 19-5-2023 04:22 PM
Mak dia ni mcm lebih kurang usia Scha, Nora, Fazura. Awal gak eh mak dia kahwin… dpt kan dia.
Bolehlah kak Faz berlakon jadi mak, si marqeen ni jadi anak. Sepadan mak cantik anak elok. Bapak pulak kalau Bamtah add bonus. One elok family... Gitew. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lepas ni kitorg nampak kau berlakon cerita adaptasi novel cinta leleh2 ceo kahwin org miskin la, kahwin paksa la siap engko eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak maintain pls stop these anna joblengg nonsense.... stay awayyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Ashik2 nampak lubang hidung |
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 20-5-2023 12:26 AM
Bolehlah kak Faz berlakon jadi mak, si marqeen ni jadi anak. Sepadan mak cantik anak elok. Bapak p ...
Tak best. Aiol nak plot Merkin budak sekolah Form 6 (supaya tak pedo sangat) jatuh centa dengan mil(f) Fazura yang live next door abused by husband. Her. Kalau ada steamy scene lagik best. Dua2 helok. |
|
|
|
|
|
|
|
Penat la aku mikir cemana nak buat supaya mil(f) tak censored. Apa punya Cari tetiba 2023 nak amal maaruf nahi mungker sangat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|