CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Sabah] Satu Daerah Zon Merah COVID-19 Di Sabah

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:27 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Satu zon merah COVID-19 dilaporkan di Sabah iaitu di daerah Tuaran berikutan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata daerah itu mencatat 26 kes baharu sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelum itu.

Katanya, Tuaran adalah satu-satunya daerah mencatat kes paling banyak ketika ini menyebabkannya kembali ke zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.

“Analisis kes COVID-19 bagi Minggu Epid (ME) 19/2023 (minggu lalu), hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

“16 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes iaitu Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

“Daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes pada ME 19 berbanding ME 18 iaitu Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak.

“Tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di seluruh negeri bagi ME 19,” katanya dalam kenyataan media perkembangan mingguan COVID-19 Sabah, di sini.

Secara keseluruhan, katanya bilangan kes baharu pada ME 19/2023 di seluruh Sabah meningkat sebanyak 68 peratus kepada 64 kes berbanding 38 kes pada minggu sebelum itu dengan semuanya adalah kes tempatan.

Katanya, purata kes aktif setiap hari bagi ME 19/2023 juga meningkat sebanyak 40 peratus kepada tujuh kes berbanding lima kes pada minggu sebelum itu.

“Bilangan pesakit COVID-19 dalam rawatan turut meningkat iaitu sebanyak enam peratus kepada166 kes pada ME 19 berbanding 156 kes pada ME 18,” katanya. – BH Online


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072227 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list