CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 0

[Sabah] SESB terpaksa lakukan catuan bekalan elak ‘total black out’

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:12 PM | Show all posts |Read mode
TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa melakukan catuan bekalan terhadap pengguna bagi mengelak risiko untuk menjadi ‘total black out’ di seluruh Sabah.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Idris Mohd Noor berkata, penggunaan tenaga di seluruh Sabah dan wilayah persekutuan Labuan ketika ini telah mencapai tahap tertinggi iaitu sehingga 1080 MegaWatt (MW).

Katanya, akibat permintaan bekalan yang agak tinggi ini, telah memberi kesan langsung kepada sistem Grid Sabah.

“Kita dapati faktor cuaca panas terik yang melanda sejak akhir-akhir ini adalah antara punca penggunaan elektrik di seluruh Sabah dan Labuan mencatatkan peningkatan tertinggi.

“Justeru, sekiranya pelan tindak catuan bekalan tidak dilakukan, kita khuatiri kestabilan grid akan terjejas dan risiko ‘total black out’ di Sabah akan berlaku jika tanpa kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan taklimat dan lawatan projek pemasangan janakuasa bergerak di Stesen Janakuasa (SJ) Tawau, di sini semalam.

Menurutnya, SESB kini telah menempatkan sebanyak 11 unit janakuasa bergerak di seluruh Sabah sebagai langkah serta merta bagi meningkatkan margin simpanan tenaga elektrik di sistem Grid Sabah.

Katanya, sebanyak enam janakuasa bergerak diletakkan di daerah ini supaya SESB mampu mengurus permintaan tenaga yang agak tinggi ketika ini.

“Dari segi kapasiti janakuasa bergerak ini dapat membantu menambah sebanyak 5 MW simpanan tenaga elektrik agar dapat menampung permintaan di seluruh Sabah.

“Dijangkakan minggu depan kita akan dapatkan lagi tambahan sebanyak 15 buah janakuasa bergerak daripada pembekal dan diharapkan ia dapat membantu mengurangkan catuan dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata, dari segi perancangan masa sederhana dan panjang, SESB memerlukan janakuasa baharu yang lebih besar dan stabil.

“Secara umumnya kita mempunyai janakuasa dengan kapasiti 50 MW yang kuasa penjanaannya agar besar pada masa sekarang.

“Namun, ia masih lagi dalam tempoh pembaikkan dan kalau ikut jadual dapat disiapkan pada akhir bulan Jun ini,” katanya.

Turut hadir melawat projek pemasangan janakuasa bergerak, Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Justin Wong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051810 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list