Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah mewakili rakan-rakan industri meluangkan masa menziarahi pusara pelakon Benjy di Indonesia, baru-baru ini.
Katanya dalam satu kenyataan, urusan ziarah itu mendapat kerjasama Pejabat Konsulat General Malaysia di Medan.
Hafiz (kanan) memaklumkan urusan ziarah itu mendapat kerjasama Pejabat Konsulat General Malaysia di Medan. - Foto Seniman
"Seniman ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Konsulat General Malaysia di Medan, Konsulat serta pegawai-pegawai Konsulat yang memudahkan urusan saya di Medan untuk rangka ziarah rasmi Seniman ke kubur Allahyarham Benjy," katanya.
Dalam lawatan yang sama, beliau juga dijemput menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia serta sambutan Aidilfitri Konsulat Malaysia di Medan.
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 11 Julai 2021 di Rumah Sakit Royal Prima Medan setelah mengadu sesak nafas.
Ketika itu, Allahyarham sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun 8 bulan di Penjara Tanjung Gusta Medan setelah ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu pada April 2017.
Sumber: Awani |