CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 5

Pu Amin Minta PU Syed Berhenti Berbalah Dengan Baby Shima "Setiap Hari Kita Kecam Dan Kritik Artis Tetap Tak Jadi Apa Pun"

[Copy link]
Post time 18-5-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Pendakwah bebas, PU Amin, 33, meminta golongan agamawan dan selebriti berhenti berbalah membabitkan isu Konsert Coldplay di media sosial.


"Dulu saya pun buat perkara yang sama berbalah dengan artis mengenai pelbagai isu semasa tetapi tiada perubahan pun. Sebaliknya, memberi impak negatif kepada golongan pendakwah.


"Setiap hari kita kecam dan kritik mereka (artis), tetap tak jadi apa pun kerana akhirnya masyarakat juga yang membuat pilihan," katanya ketika diminta mengulas perbalahan penyanyi dangdut Baby Shima dan pendakwah bebas PU Syed membabitkan Konsert Coldplay yang hangat diperkatakan ramai ketika ini.




Foto: Harian Metro




PU Amin berkata, ustaz juga terbabit dengan program hiburan tetapi tidak bersaing dengan golongan selebriti.


"Ustaz juga berlakon dan pergi program hiburan, kita juga baca doa selamat di majlis pelancaran filem dan sebagainya tetapi populariti bukan menjadi keutamaan.


"Sampai bila kita nak cakap apa yang mereka buat itu tidak betul sedangkan kita tak sediakan alternatif dan bawa mereka ke jalan yang betul?


"Sebagai agamawan, kita sepatutnya  berusaha membentuk mereka (selebriti ) untuk menjadi yang lebih baik dan mereka (selebriti) juga boleh berlapang dada dengan kita," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu Baby Shima berpendapat individu yang berasakan Konsert Coldplay sebagai haram tidak perlu datang untuk menonton pada November depan.


Tindakannya itu mendapat perhatian netizen termasuk teguran daripada PU Syed yang mendakwa Baby Shima mengeluarkan fatwa sendiri mengenai halal dan haram sesebuah konsert.


Mengulas Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 pula, PU Amin berkata, dia juga dilantik sebagai duta dan panel Program Ilmu Allah Tak Pernah Benci bersama Da'i Azhar yang akan berlangsung pada 2 Jun ini di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang.


"Saya akan menjadi panel program ini bersama Da'i Azhar, manakala, acara ini akan dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator.


"Orang ramai dijemput hadir bersama ahli keluarga dan masuk adalah percuma," katanya.


Apa yang menarik, acara pada malam kedua pula akan diadakan  Malam Berselawat dan Qasidah Perdana di lokasi sama membabitkan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamdi, Sheikh Mahmoud Wasobi serta Kumpulan Inteam.


Program keagamaan ini akan berlangsung dari 1 Jun hingga 5 Jun depan di beberapa lokasi  dijadualkan termasuk Kedah, Terengganu, Melaka, Johor dan Shah Alam. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya, tak perlu berbalah dengan orang yg macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:35 PM | Show all posts
akhirnya ada pun yang sedar hari2 ko kecam, nasihat, tegur artis tapi takkan jadi apa pun...

popular pun tidak untuk teruskan kelangsungan hidup...

si yebit walaupun gigih menumbuk sambal dengan bidadari ungu tapi dapat jugak dia sokongan dari masyarakat... bermakna masyarakat tak kira la beragama islam ke tidak... mahukan dan suka benda positif macam apa heols buat tu...

PU bagak muka bengis ni hanya spread negativity berlatarkan tunggang agama.... memang haram la orang nak bagi sokongan dekat orang2 yang pilih kasih nak menegur...

silap2 lagi ramai jauh dari islam.. especially omputeh2 yang tertengok sosial media dan terbaca betapa extreme NYA orang2 islam ni nak paksa orang menutup aurat...

yang vid yebit dok tolong2 orang tu nampak sangat positif di terima oleh masyarakat pelbagai kaum).. ternampak la sisi2 indah islam sebab orang2 luar pun komen positif...

tapi bila tengok yang penceramah islam wannabe di sosial media punya page ya ampun... nauzubillah min zalik gittew... terus cepat2 theyols left takut kena paksa bertudung...

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa la nak baca doa di majlis yg terang² ada campur laki pompuan, majlis lagha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 08:43 AM | Show all posts
g brambos la pu pu ni jijik
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 10:29 AM | Show all posts
pating poji tu tak pulak korang keluarkan dalil, yebit sambal sampai beratus gambar & video tu tak da pun korang nak komen ke, hentam ke..tang retis ni kemain laju nak komen memacam..syed tu kalau nak try simah cakap je la, tak payah nak konar2 macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.135998 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list