CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3824|Reply: 37

[VIDEO] Atilia Jawab Tentang Pakai Tudung- “Saya Selesa Macam Ni”

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Atilia Jawab Tentang Pakai Tudung- “Saya Selesa Macam Ni”


Sebelum ini penyanyi, Salamiah Hassan,72, tampil dengan imej baharu sekali gus mengesahkan dirinya kini sudah bertudung. Namun di sebalik berita gembira ini ada yang mempersoalkan bila pula anak perempuannya Atilia Haron mengikuti jejak ibunya.

Baru-baru ini wartawan  Kiffy Razak di laman TikToknya sempat bertanya hal ini kepada Atilia. Menurut penyanyi ini, ibunya berharap dia  bertudung bila sudah bersedia tapi bukan kerana di paksa.

“Mama pun ada cakap, kenapa bertudung jadi isu. Ramai telefon dia tanya pasal bertudung, dia pun malas nak jelaskan.  Biar jelah, memang dah sampai waktunya dia nak bertudung. Tapi pasal saya ni, dia cakap biarlah bila dah bersedia, sama macam dia juga. Bila dia dah sedia nak pakai tudung, alhamdulilah dia dah pakai walaupun tiada orang paksa. Dia pun nak sama macam anak dia, tiada siapa paksa dia, nanti saya sendiri nak bersedia pakai tudung. Doa-doakanlah..”- katanya.

Walaupun dia merasa selesa dengan penampilan sekarang, pemilik nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Haron ini, memohon doa dari peminat agar suatu masa nanti dia akan bertudung

“Insyallah, satu hari saya akan pakai tudung. Buat masa sekarang saya selesa macam ini, dengan kerja-kerja yang saya lakukan”- katanya kepada media,




Atilia yang kini menjelang usia 50 tahun merupakan seorang penerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan peragawati. Beliau dilahirkan di Muar, Johor pada 15 September 1974. Beliau telah melibatkan diri dalam industri muzik sejak dari kecil. Apabila beliau berumur 12 tahun, beliau telah dipilih sebagai penyanyi utama untuk iklan komersial Coca-Cola yang mewakili serantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura yang diadakan di Liverpool, England. Dua tahun selepas itu, beliau merakamkan lagu duet bersama ibunya menerusi lagu “Kadangkala” untuk dimuatkan di dalam album ibunya, Menghitung Hari.


Sumber:https://murai.my/2023/179886/vid ... ya-selesa-macam-ni/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2023 03:45 PM | Show all posts
wartawan nya pun aaauuwwww sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:14 PM | Show all posts
biar ler dia nak jadi mcmana pung..
kot pakai tudung tetiber free hair semula .. netijen jugak yg gelabah kecam
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:28 PM | Show all posts
sibuk betul2 beghok2 non liberal bidaah wannabe pasal tudung orang bagai...

kira elok lah maknya dah bertudung tapi gigih plak dok petik anak2...

apa sangkut paut tudung retis2 ni dengan deorang pun tak tahu lah sampai di sibukkan sangat... nak kata takde orang islam bertudung langsung... memang majoriti dah bertudung... yang tak bertudung ni minoriti je dalam masyarakat...

masalahnya sekarang yang bertudung tapi gigih dok tipu duit orang semua tu takde plak di sibukkan... hukuman hudud untuk orang2 menipu, menyeleweng harta masyarakat ada yach dalam islam... tapi hukuman untuk orang2 tidak menutup aurat tak ada dalam islam...

jadi ko meroyan macam ritrud hari2 pun takde orang akan di hudud sebab tak tutup aurat... benda tu bukan hal besar dalam masyarakat sebab minoriti je pun tak bertudung ni... lagi berfaedah kalau pergi tegur dan nasihat orang2 yang tutoh anak dara dan teruna orang macam si wukong, pu azman etc... dengan macau scammer yang dok scam mak nenek cucu cicit keturunan korang tu semua macam si buah kana dan ds bidah...





Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gamba acik salamiah pakai tudung?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:32 PM | Show all posts
sibuknya la rakyat msia..mcm takde benda lain nak suruh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyibuk je ngan tudung org. Pki tudung tapi x solat, pastu pki baju cam sarung nangka nak meletup pun x guna. Pakai tudung pastu perangai sundal cam mak yg amang anak tu. Menyibuk je ngan tudung kepala org.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawannya pun....pasal ni pun nak jadi storyline...sadis tul Malaysian Journalist...padahal dia no otai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 04:48 PM | Show all posts
dari dulu sampai sekarang ulang2 kejayaan kisah Coca Cola 30 tahun lepas... lebih pada basi dok perangat2 menda tu je lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 18-5-2023 04:48 PM
dari dulu sampai sekarang ulang2 kejayaan kisah Coca Cola 30 tahun lepas... lebih pada basi dok pera ...

Haha...kannn....salah satu tanda penuaan bila kita suka ungkit kisah dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dah pakai tudung ditanya. Yg belum pakai pun ditanya. Yg bukak tudung juga ditanya.
Tudung ooo tudung, isu kegemaran rakyat malaysia.
Tak suka tapi sibuk hal retis rajin duk tengok socmed retis. Wartawan pun suka sangat tulis pasal tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:54 PM | Show all posts
maknya pun umur 70 lebih baru pakai tudung..

sheols baru 50...ada 20 tahun lagi utk sexy.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni janda ke isteri orang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:02 PM | Show all posts

Walau Umur Dah Nak Cecah 50 Tahun, Jangan Paksa-Paksa Atilia Haron Bertudung

Sebelum ini ibunya Salamiah Hassan sudah bertudung.


Ada juga yang bertanya anaknya, Atilia Haron adakah dia akan mengikuti jejak ibunya.


Foto: IG




Kata Atilia, ibunya berharap dia  bertudung bila sudah bersedia tapi bukan kerana di paksa.


“Mama pun ada cakap, kenapa bertudung jadi isu. Ramai telefon dia tanya pasal bertudung, dia pun malas nak jelaskan. Biar jelah, memang dah sampai waktunya dia nak bertudung. Tapi pasal saya ni, dia cakap biarlah bila dah bersedia, sama macam dia juga. Bila dia dah sedia nak pakai tudung, alhamdulilah dia dah pakai walaupun tiada orang paksa. Dia pun nak sama macam anak dia, tiada siapa paksa dia, nanti saya sendiri nak bersedia pakai tudung. Doa-doakanlah," katanya seperti dipetik dari video TikTok.




  



Walaupun selesa dengan penampilan sekarang, Atilia memohon doa dari peminat agar suatu masa nanti dia akan bertudung


“Insyallah, satu hari saya akan pakai tudung. Buat masa sekarang saya selesa macam ini, dengan kerja-kerja yang saya lakukan."




  



  



Atilia yang kini menjelang usia 50 tahun merupakan seorang penerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan peragawati.-CARI
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:12 PM | Show all posts
memang gitu lah acik2 non liberal bidaah wannabe...

sibuk sangat dengan tudung orang lain yang takde sangkut paut dengan dia...

masalahnya yang tak boleh belah siap ada yang tak bertudung pun tapi sibuk suruh orang lain tu yang bertudung sebelum dia...

ibarat menegur orang tapi dia sendiri tak praktik apa yang di tegur apatah lagi ajaran agama... ala2 orang kafir tegur kak km suruh bertudung gittew!

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 18-5-2023 05:12 PM
memang gitu lah acik2 non liberal bidaah wannabe...

sibuk sangat dengan tudung orang lain yang takd ...

Ayat bwh Salah.. alang alang omputih yg pakai g string suh kak km pakai swimming suit yg tutup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh blah netizen komen suruh retis bertudung padahal diri sendiri tak bertudung. Satu hari nanti dia bertudung laa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:25 PM | Show all posts
Buritan replied at 18-5-2023 05:21 PM
Ayat bwh Salah.. alang alang omputih yg pakai g string suh kak km pakai swimming suit yg tutup

ahahaha khennn kaka...

takpun ala2 acik maria paritdah nasihat retis2 muda jangan ambil laki orang... tup tup heshe yang sondol laki bff sendiri yang dah tua gayut dengan ciknek macam sotong kering... kena rendam dalam mangkuk selama 3 hari 3 malam bagi kembang... kalau tidak tak mampu nak naik...


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia pun baru bertudung pun.. Tp seriously cantik mak dia bertudung.. Nampak muda je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
apa kata kak ningba dgn kak atilyas buat album sama2 cover pakai 2piecse je sure lakuu album tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.080649 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list