CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 3

Rosmah Lewat 3 Tahun Fail Semak Kehakiman

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Datin Seri Rosmah Mansor didakwa lewat tiga tahun tiga bulan 10 hari dalam memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk deklarasi bahawa keseluruhan prosiding rasuah RM1.25 bilion membabitkan projek hibrid solar dihadapinya adalah tidak sah.


Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2022, dengan menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai responden.


Peguam Kanan Persekutuan, mewakili semua responden, Shamsul Bolhassan, berkata isteri Datuk Seri Najib Razak itu didakwa pada 15 November 2018 dan permohonan untuk semakan kehakiman perlu dibuat dengan segera, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh berkenaan.




Reuters




"Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini juga tidak tersalah arah mengikut undang-undang, yang tidak membenarkan lanjutan masa dimohon oleh perayu (Rosmah).


"Atas alasan diberikan, kami berharap permohonan itu ditolak dengan kos," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berhujah di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, dipengerusikan Datuk Hanipah Farikullah, yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun, hari ini.


Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman bagi memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding penuh kes projek solar sejak 15 November 2018 adalah tidak sah serta dibatalkan.


Susulan itu, Rosmah mendakwa perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Selain itu, isteri Najib berkenaan memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan atau fiat bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021, adalah tidak sah.


Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram, namun ditolak Hakim Mahkamah Tinggi, ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau.


Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, menolak permohonan Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman dua hari sebelum Mohamad Zaini memberikan keputusan dalam kes rasuah beliau.


Pada 1 September 2022, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.


Rosmah berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.


Ia sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion bagi menyalurkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah di kawasan luar bandar Sarawak.


Beliau memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya dan kini bebas dengan jaminan RM2 juta, sementara menunggu pendengaran kesnya.


Sementara itu, peguam bela Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata Mahkamah Tinggi harus membenarkan lanjutan masa dalam pemfailan permohonan kebenaran itu dengan mengambil kira faktor keadilan terhadap Rosmah.


"erayu sudah mengambil langkah segera untuk memfailkan permohonan kebenaran iaitu 28 hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan (menolak permohonan untuk batalkan pertuduhan) pada 27 Mei 2022.


"erayu berharap Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan untuk memberi kebenaran dan menghantar semula kes berbangkit ke Mahkamah Tinggi untuk hujahan substantif," katanya.


Hanipah kemudian menetapkan 22 Jun depan bagi keputusan sama ada Rosmah dibenarkan untuk memulakan semakan kehakiman itu di Mahkamah Tinggi.


"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berhubung hujahan yang komprehensif.


"Selepas berbincang, kami (panel hakim) memerlukan lebih masa untuk mempertimbangkan hujahan berkenaan selain membaca rekod rayuan," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 04:10 PM | Show all posts
pastu korang jugak reward nenek kebayan nih dgn bg balik passport dan kebenaran pergi ke luar negeri. gtfoh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betik wajah nek mah tu???
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
As much as mak x suka perangai sheolls yg kekwat tu, tapi reputz pun tepek la pic muka sheolls yg semenggah. Sian tau bikmah sampai dia sound photog korang amik pic banyak2 tapi yg buruk gak korang tepek kat paper korang..dasar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.041573 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list