CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

Jangan Putar Belit Kenyataan Saya Jadi Isu Politik - Sultan Johor

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Segelintir pihak diberi amaran oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar supaya tidak menjadikan kenyataan baginda berhubung keadaan flat kos rendah di negeri itu sebagai isu politik.


Sultan Ibrahim bertitah isu tersebut bukan perkara baru, malah kerajaan sebelum ini turut mengetahui keadaan flat tersebut.


"...tetapi mereka tidak berbuat apa-apa. Sekarang, Kerajaan Perpaduan yang baru terpaksa menguruskan masalah-masalah sampah ini," titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.








Sultan Johor bertitah baginda terpaksa bersuara dan mengemukakan masalah itu kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana rakyat kini menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.


Baginda bertitah SWM Environment Sdn Bhd sebagai syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pungutan sampah, langsung tidak memuaskan mutu kerjanya terutama di flat-flat kos rendah.


"Tidak ada elemen politik dalam perkara ini. Jangan jadikan ini sebagai isu politik," tegas baginda sambil menghargai komitmen Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang datang menghadap baginda, Isnin lepas.


"Kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak mengambil peduli akan permasalahan ini, adalah sangat malang Kerajaan Perpaduan kini terpaksa menanggung permasalahan ini," titah Sultan Johor.


Isnin lepas, dilaporkan Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan baginda dengan tahap kebersihan dan penyelenggaraan flat kos rendah atau flat awam di negeri itu.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.038677 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list