CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 4

Parkir Residen Pun Tak Selamat, Rim Dan Tayar Kereta Dicuri- Minta Rakaman CCTV Pak Guard Tak Bagi Tengok

[Copy link]
Post time 18-5-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang wanita berang apabila rim dan tayar kereta miliknya dicuri walaupun dia sudah memarkir kereta tersebut di dalam kawasan rumah yang lengkap dengan pengawasan pengawal keselamatan.


Sarah Hairul berkata dia tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku kepadanya.


Foto: Tiktok




“Kejadian tak diduga. Letak kereta dalam kawasan residen ingatkan selamat, tapi rupanya tayar dan rim kena rembat dengan pencuri,” katanya.


Dia bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian kos membeli tayar dan rim baharu, malah Sarah terpaksa membaik pulih bahagian-bahagian lain yang rosak.


“Lagi sedih lepas dah rembat rim dan tayar, bahagian yang dia ‘jack’ tu jatuh. Kereta habis kena tar. ‘Skirting’ dan ‘bumper’ kereta habis.


“Kerosakan bawah kereta tak tahu macam mana lagi. Kalau dah curi tu biarlah tinggalkan dalam keadaan elok,” ciapnya.


Tambahnya, pihak pengawal keselamatan juga tidak memberi kerjasama yang baik kepadanya ketika cuba mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).


“Bila tanya ‘guard’ untuk tengok CCTV dia cakap hanya polis saja boleh tengok CCTV tu. ‘Then guard’ juga beritahu kecurian kereta atau apa-apa itu tanggungjawab ‘owner’,” ujarnya.


Di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai kes kecurian ini.


“Pengawal tak buat rondaan, tak mustahil terlibat jugakan. Bukan senang nak tanggalkan satu-satu tayar dan rim. Makan masa juga. Semoga Allah permudahkan urusan awak,” kata Ismahismail.


“Buat laporan polis, lepastu bawa sekali polis untuk periksa CCTV. Lepas tu kalau tak silap ada akta kita boleh saman residensi tu. Nanti dah tenang sikit ‘survey’,” ujar Sis Kim Nuna. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 01:51 PM | Show all posts
Iya lah. Kena ada report polis dulu baru blh tunjuk cctv. Apo la benda senang pun tak blh fikir. Kena cek sekali ekau bayar ke tidak yuran mentenen. Ni bising2 tgk mentenen pun tertunggak. Dah kau menumpang hasil usaha org lain yg bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar bank + bayar maintainance
Ingatkan dah boleh jd raja
Rupanya jadi tahanan dan taklukan pak guard pendatang asing
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:40 PM | Show all posts
kalau baca tulisan para palatau sini salah owner kereta ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 08:28 AM | Show all posts
ekeleh keta buruk je pon kecohh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042289 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list