CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Hakim Danish bersemangat hadapi saingan di Valencia

[Copy link]
Post time 18-5-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

HAKIM DANISH menjelaskan bahawa keadaan fizikalnya amat baik dan bersedia berjuang pada Kejuaraan FIM JuniorGP di Valencia minggu ini.


SEMANGAT pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli tidak pudar sebaliknya lebih bersemangat untuk bersaing pada perlumbaan pusingan 2 Kejuaraan FIM JuniorGP yang membuka tirai di Valencia di Litar Ricardo Tormo, hujung minggu ini.

Pada perlumbaan Pusingan 3 Red Bull Rookies Cup (RBRC) di Litar Le Mans, Perancis minggu lalu, nasib tidak menyebelahi pelumba berusia 16 tahun itu apabila dirempuh dalam satu insiden ketika cuba mendapatkan penamat di atas podium.

Hakim Danish yang terbaring seketika selepas rempuhan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kini, pelumba kelahiran Terengganu dilihat mahu melupakan insiden tersebut dan kembali memberi tumpuan untuk bersaing dalam kategori European Talent Cup (ETC) pada perlumbaan JuniorGP bersama pasukan Monlau Motul.

“Setelah saingan di Le Mans, saya kembali untuk pusingan 2 JuniorGP dalam kategori ETC.

“Saya akan menjalankan pemeriksaan dahulu pada sesi pertama Khamis ini untuk kepastian sama ada cergas untuk berlumba atau tidak. Apa pun, kea­daan fizikal saya amat baik dan saya bersedia untuk berjuang.

“Saya akan berikan yang terbaik dan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan,” katanya.

Hakim Danish membuka saingan ETC dengan langkah kanan apabila melengkapkan aksinya di kedudukan ketiga ketika ber­saing di Litar Estoril, Portugal.

Namun, nasib berbeza melanda Hakim Danish pada Perlumbaan 2 apabila terbabit dengan kemalangan pada baki dua pu­singan terakhir dengan pelumba Itali, Guido Pini yang terbabas sebelum melanggarnya.

Ketika ini, Hakim Danish berada di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 16 mata, ketinggalan 34 mata di belakang pelumba Sepanyol, Brian Uriarte yang menang dua kali di Portugal.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... aingan-di-valencia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.143390 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list