View: 364|Reply: 2
|
Berang Tak Nak Bincang Tentang Kerja- Buruh Bunuh Rakan Sekerja, Cuba Bunuh Diri Elak Ditahan Polis
[Copy link]
|
|
Seorang buruh binaan tergamak menikam rakan sekerjanya gara-gara perselisihan faham.
Kejadian yang berlaku di Daerah Morowali Utara, Indonesia itu berpunca apabila mangsa yang berada di bahagian atas bumbung enggan turun berbincang bagi menyelesaikan masalah berkaitan kerja ketika diminta suspek.
Malah, dia juga meminta suspek untuk meneruskan kerja yang dilakukan terlebih dahulu.
Gambar Hiasan
Namun ketika mangsa turun, suspek yang berang kemudiannya mengambil pisau dari dalam beg hitam dan bertindak menikamnya sebanyak dua kali di bahagian dada.
Kompas melaporkan, mangsa maut di tempat kejadian manakala suspek cuba membunuh diri bagi mengelakkan di ditahan polis.
Pun begitu, tindakannya gagal dan dia dihantar ke balai polis untuk siasatan lanjut. - CARI
Sumber: mStar/Kompas |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang senang je eh tak suka sikit, marah sikit terus bunuh je |
|
|
|
|
|
|
|
kepuasan hati. baru mggu lepas tgk video pekerja bunuh majikan di Indon. dia kata tak menyesal malah puas hati sbb selama ini majikan dia dera mental dan fizikal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|