CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

Watie Pernah Menangis, "Anak-Anak Selalu Pesan Jangan Baca Komen'

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Pelawak Shuib yang membilang hari bakal diijabkabulkan dengan Watie Hanifiah, mendedahkan tema majlis perkahwinan mereka.


Dalam sebuah program TV baru-baru ini, pasangan sensasi itu berkongsi persiapan terkini hari bahagia yang bakal berlangsung 23 Jun depan, sudah hampir 50 peratus siap.




IG




“Ada dua tema sebenarnya, yang pertama adalah tema yang berkonsepkan taman. Namun, bahagian dalam kami masih berbincang sebab ada dua bahagian iaitu luar dan dalam.


“Insya-Allah sederhana sahaja,” ujar mereka teruja.


Bergelar tunang kepada seorang selebriti, Watie bersyukur diberi sokongan yang positif daripada Shuib dan juga ana-anak Shuib.


“Boleh kawal sebab ada ‘support system’ yang bagus.


“Kecaman orang dan saya baca komen-komen tersebut tapi dia macam angin lalu saja. Macam itu sahaja, saya tak fikir sangat.


“Anak-anak selalu pesan supaya saya jangan baca komen. Saya juga pernah sekali menangis pada awal perkenalan kami, ketika itu saja, sekarang tidak lagi,” ujar Watie.




IG




Gementar biarpun diulit rasa teruja, mereka berharap semua persiapan menuju hari bahagia berjalan dengan lancar.


Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwau Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan 3.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.045177 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list