CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1076|Reply: 13

'Saya Dah Jumpa Wanita Yang Tepat, Kalau Boleh Memang Nak Cepat Nikah' - Cat Farish

[Copy link]
Post time 17-5-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Cat Farish tidak menolak bakal menamatkan zaman duda dengan Shikin Maembong meskipun masih baru tangkap cinta dengan kakak Emma Maembong itu.


Kata penyanyi dan komposer itu, perbincangan ke arah itu juga sudah dilakukan antara kedua-dua belah pihak, namun masih belum menetapkan sebarang tarikh tertentu.




IG




"Semuanya bergantung kepada perbincangan untuk ke arah itu. Saya pun tidak boleh cakap kami akan berkahwin dalam masa terdekat.


"Setakat ini belum tetapkan sebarang tarikh lagi. Namun kami akan beritahu kepada semua jika ingin berkahwin nanti. Tak mahu timbul fitnah kalau tiba-tiba orang nampak kami berkahwin," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.


Sebelum itu Cat atau Farish Ramli, 49, berkongsi sebuah video bersama Shikin atau Siti Nur'Ashikin Ismail, 40, mengikut trend Wes Anderson di laman Instagarm milik mereka.








Dalam video berkenaan, Cat meletakkan kapsyen seolah-olah mahu segera berkahwin selain memberi tanda angka 15 sebagai tarikh pernikahan mereka.


Kata Cat, setiap paparan dalam video tersebut mempunyai maksud tersendiri dan akan berkongsi perjalanan hari pernikahan mereka dalam satu hantaran berbeza akan datang.


"Ada cerita di sebalik video tersebut. Nak tahu lanjut tunggu sahaja video seterusnya.


"Dari segi persiapan tidaklah kami banyak berbelanja untuk majlis nanti. Cuma yang pasti akan bersanding," ujarnya.


Sementara itu, Cat yakin Shikin adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri meskipun pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.




IG




"Keputusan untuk berkahwin ini bukan dibuat secara terburu-buru. Ia adalah satu yang betul terjadi apabila perasaan itu sudah datang. Namun, bagi kami restu kedua ibu bapa sangat penting.


"Selepas bercerai sebelum ini ada juga rasa takut untuk kembali ada hubungan. Apabila sering ada perasaan begitu ia juga ibarat satu doa yang tidak elok buat saya.


"Sekarang sudah berjumpa dengan seorang wanita yang serasi dan tepat buat saya. Kalau boleh memang nak cepat bernikah," jelasnya.


Sebelum itu, Cat juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.


Kemudian dia kembali berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada Februari lalu.


Manakala Shikin, 40, pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Cef Wan pada 5 Disember 2014.


Pasangan itu yang dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna Natasya, 8, bercerai pada Jun 2016.


Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 01:06 PM | Show all posts
semoga di percepatkan urusan kahwin dan melambung sampai ke bumbung...

dah takde orang lain terpaksa sebat je lah yer kelindan lori pun...

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 01:46 PM | Show all posts
Umur dah 49 ke heols ni? Mengalahkan BBNU caption pun. Macam la tak pernah bercinta.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Awaiii lagi... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 02:31 PM | Show all posts
tangkap muat ke camne ni?
alaaa nikoh laa, dr asyik kesana kemari brsama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 02:32 PM | Show all posts
mudah jodohnyer..
jeri jera bila lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2023 03:43 PM | Show all posts
Baru kenal tapi gaya macam dah kawin eh.. ke sebab dah pernah kawin dua2?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mintak restu cepwan tak? Nanti dapat sofa set sebagai hadiah kawen hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 04:18 PM | Show all posts
Jantan gila! Masa kawin kali ke-2, itu tak cukup tepat ke nak dibandingkan failure yg pertama. Pastu jumpa yg ke-3 cakap tepat. Minah tu pon kerja kawin cerai. Sampai kiamat tak tepat2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
“Tak mahu timbul fitnah kalau tiba-tiba orang nampak kami berkahwin.”
kawen benda baik kan, kenapa lak nk fitnah? lain la kalo die bini org ke, or org nmpk korg bsekedudukan ke, or titibe shikin preggy ke.. tu blh la timbulkan fitnah? plus, bnda2 hangat bcinta cmni tgh membara kn, selalu nya xlama. selalunya la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwww geli la dia ni. Tak mandi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pompuan x insaf2 ke.. anak cep wan failed,laki org failed,mamat ada kencing manis muka kecut tua pun ko nak.. rasa 1,2 tahun je ni.. pastu pun failed
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu ngan anak chep one tu edisi kalkulator kan, besar dah ariana  tu.
cepat la nikah, sebelum sekali lagi acik porem  berebut keluar kan kalkulator.
duda ngan janda kan, ada pengalaman
.. mana boleh bertahan lelama chuols
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia patut beregu dgn si natasha tu haaaa.... baru sekuku nikah cerai punya habit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.792277 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list