CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1720|Reply: 11

Serina Bukan Penyondol, Hubungan Suami Dan Chef Wan Dah Baik

[Copy link]
Post time 16-5-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Serina Redzuawan mendedahkan hubungan suaminya, Meor Mohammad Aidid dan bapanya, Chef Wan sudah kembali pulih.


Serina, 40, berkata, semua salah faham itu akhirnya terungkai termasuk isu dia dikatakan merampas Meor daripada bekas isterinya selepas mengambil keputusan berkahwin hanya selepas dua bulan berkenalan.


Foto: IG




"Hubungan suami dengan Papa (Cef Wan), Alhamdulillah sudah pulih. Dulu ribut taufan melanda tapi Allah itu sebaik-baik perancang dan kadang-kadang itu apa yang berlaku ada hikmah di sebalik.


"Selepas Papa tahu hal sebenar, dia pun dah boleh terima suami saya sebab tidak pernah ada istilah sondol menyondol, rampas merampas. Saya sendiri memang duduk di KL jadi tak tahu dia ada masalah rumah tangga ke apa.


"Bila berlaku penceraian di antara mereka (suami dan bekas isteri), kenapa saya pula dipersalahkan? Saya tidak tahu apa-apa sebab kami pun kenal dua bulan dan terus kahwin," katanya kepada mStar.




  



Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila bekas isteri Meor iaitu Nur Hamizah Shaffee, 36, mendakwa Meor telah berkahwin dengan Serina tanpa kebenaran isteri pertama.


Malah Hamizah juga menyangkal dakwaan Serina bahawa Meor berstatus duda dan bernikah secara senyap di Perlis pada April 2021.


Bagaimanapun menurut Hamizah dia diceraikan Aidid pada 9 Mac 2021 dan selepas sebulan mereka bercerai Serina mengumumkan berita perkahwinan mereka kepada umum.


Sementara itu, Serina berkata, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail, 64, banyak memberikan nasihat untuk menjadi seorang isteri yang baik malah sering berpesan agar dia menjaga keperluan suami dengan baik.


  



"Alhamdulillah papa pun dah tahu hal sebenar dan semua ini pun jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi, papa dah terima.


"apa banyak memberi nasihat. Dia ni seorang yang tegas walaupun anak dia, kalau dia nak fire, dia fire saja.


"Dia ada cakap kalau nak jadi isteri jangan malas. Pastikan masak untuk suami, jaga elok-elok. Kalau tak jaga betul-betul nanti suami lari dia cakap," ujarnya.


Malah aktres itu juga bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa mentua yang baik dan dapat menumpang kasih seorang ibu selepas pemergian ibu kandung tercinta pada Mac 2020.




  



"Saya pun bersyukur dapat ibu bapa mentua yang sangat baik. Apa-apa nak mengadu telefon sahaja mereka.


"Kadang-kadang mereka yang lebih banyak telefon saya. Saya bersyukur sangat sebab arwah ibu pun dah tak ada jadi mak mentualah tempat saya bermanja," katanya.


Untuk rekod, Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah petaling pada 1 Ogos 2017.


Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Tristan Tareef O' Luanaigh, 13 dan Isabella Saffiya O'Launaigh, 12 tahun.


Serina kemudiannya berkahwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 04:45 PM | Show all posts
muka laki dia soooooo RED FLAG ye....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:53 PM | Show all posts
kiranya beliau pencaras berjaya la..
umum tau dcw tu marah macam mana pun tetap lembut hati kalau anak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia baca porem ke? Bukan haritu thread dia ada yg komen dia penyondol. Ala sapa nak ngaku kencing tepi jalan ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 06:00 PM | Show all posts
apsal cara dia ckp ni mcm lembam eh? papa pesan tu pesan ni.. dulu dia cerai dgn gavin sbb xjaga perut kah???? or terlalu pentingkan perut sendiri?? cantik sgt serina ni sygnya now nampak gundu sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 06:14 PM | Show all posts
penyondol tetap lah penyondol... buat malu je ko jadi anak cefwan cef tersohor dunia...
patutnya acik2 porum yang jadi anak cefwan... kurang2 paling teruk pun melaser bagai nak kiamat dunia tapi tak sondol lagi orang...

hadoiii iols hampir terfikir yang sheols ni anak pungut yang orang tersalah letak kat cefwan... tapi terpaksa terima hakikat sememangnya sheols keluar dari rahim bekas arwah somi cefwan eh isteri....

bukan apa teruk nak mampos perangainya... entah kifarah apa lah cefwan buat sampai ada anak macam si serina ni... adakah sebab mulut jahat...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Serina dah sama mcm almy nadia.. syg betul.. muka cun cantik.. tp.. itulah.. tak apalah jnji sihat dan bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jas7512 at 16-5-2023 08:46 PM

Serina ni sorry to say mmg nampak bodoh dan bodoh mmg agaknya..mujur muks tu blh tshan..pasal.lah kau x ikut otak bapak kau.....mcm manalah chef wan blh dpt anak sebodoh serina ni...
i lg benci org bodoh banding org cruel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nikah pn senyap2...kecik hati cep wan tahu drpd org lain. Cep wan ada ckp mls dh nk layan kisah anak2 psl kawin cerai, x dgr nasihat bapak tp bila bercerai cari dia jg. Psl anak2 serina pn cw bengang jg, bergolok gadai cw nk dptkan custody utk cucu. Bila dh dpt nk pindah perlis pulak. Dia pn ckp x sampai ht nk pisahkan 2 beradik tu sbb tu dia x bising hak penjagaan isabel berpindah semula ke gavin.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
So serina duk kat berek polis ke? Hidup mcm org biasa la yek.
Shopping kat kedai eco, ninso n diy.
Time 25hb laki dpt gaji merasa la mkn western food.

Opkos la mertua dia suka je dia tu anak sapa oiiii.
Bapak dia bkn saja jutawan tp dermawan gak jenis tak berkira walaupun mulut potpet.
Sambil mulut potpet tangan seluk poket nah segulung uwang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 08:39 AM | Show all posts
sukati kola serina.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm ye la tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.784462 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list