CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

MotoGP: Vinales akui gagal menahan marah

[Copy link]
Post time 16-5-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode

VINALES mengakui hilang sabar ekoran insiden berkenaan selepas dia berpotensi untuk memenangi perlumbaan tersebut. – AFP



LE MANS, Perancis – Pelumba Aprilia, Maverick Vinales mengakui ‘beremosi’ selepas bertegang urat sejurus terlibat dalam insiden pelanggaran dengan juara dunia musim lalu, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia pada Grand Prix (GP) Perancis lewat malam kelmarin.

Pada saingan tersebut, Vinales berjaya memintas Bagnaia di pusingan kelima untuk berada di kedudukan ketiga sebelum kedua-dua pelumba tersebut terlibat dalam pelanggaran dan terjatuh.

Selepas terjatuh, Vinales dilihat gagal menahan kemarahannya lalu menampar topi keledar Bagnaia serta-merta dan berlaku insiden tolak menolak.

Vinales mengakui dia berada pada posisi yang betul dan mendakwa Bagnaia seharusnya membuka ruang kepadanya.

“Saya melepasi Pecco de­ngan bersih tanpa sebarang pelanggaran. Pada pandangan saya, dia seharusnya membuka sedikit ruang ketika mengubah arah. Memalukan kami berdua gagal meraih sebarang mata perlumbaan selepas terjatuh.

“Insiden seperti ini sentiasa rumit. Anda mempunyai ba­nyak pandangan, tetapi saya rasa steward perlumbaan perlu membuat keputusan.

“Ketika itu saya sangat marah kerana saya mempunyai potensi untuk memenangi perlumbaan. Jadi, saya sangat kecewa dan sangat marah kepadanya,” kata Vinales.

Panel steward FIM MotoGP (Kejuaraan Motosikal Dunia) telah berjumpa dengan kedua-dua pelumba mengenai insiden tersebut, tetapi keputusan mengenai hukuman belum dikeluarkan.

“Tetapi selepas itu kami meneruskan, kami berjabat tangan. Kami tahu bahawa ini adalah perlumbaan dan anda perlu menghormati antara pelumba,” ujar Vinales. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... agal-menahan-marah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056271 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list