"Sebagai seorang content creator, pasti ia memberi tekanan buat saya untuk kekalkan apa yang pernah saya miliki sebelum ini namun kita juga harus sedar tidak selamanya akan berada di atas.
"Saya serahkan semuanya kepada rezeki. Apa yang saya ada sekarang ini pun merupakan bonus penjenamaan diri," katanya.
Ryan bersaing dalam tiga kategori iaitu Video Viral Popular, Tiktokers Popular dan Content Creator Popular.
Tambahnya, menerusi pencalonan sebegini juga menjadi bukti apa yang dilakukan selama ini boleh menjadi satu kerjaya dan menjana pendapatan.
"Bagi saya apabila tercalon ini memberi semangat buat diri sendiri dan lebih ramai content creator di luar sana untuk menyukai perkara yang mereka lakukan.
"Ini sebagai bukti content creator juga sekarang sudah menjadi satu kerjaya kerana ada yang anggap perkara ini adalah sia-sia," jelasnya.
Sumber: mStar