CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 1

Pasir Mas, Tumpat Lokasi Panas Seludup Manusia

[Copy link]
Post time 15-5-2023 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Pasir Mas: Polis Kelantan mendedahkan daerah Pasir Mas dan Tumpat dikenalpasti sebagai lokasi panas laluan penyeludupan manusia.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perairan Sungai Golok di sepanjang dua daerah itu mempunyai banyak pangkalan haram menjadi lokasi kegiatan penyeludupan manusia.


Muhamad Zaki Harun semasa sidang media selepas  Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pasir Mas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN




“Kedudukan rumah yang rapat di tebing Sungai Golok diikuti dengan ladang-ladang menjadi lokasi pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi.


“PATI kebiasaanya akan berkumpul di ladang sebelum menunggu tekong darat mengambil mereka. Ada juga yang keluar dari kawasan ladang dengan menaiki e-hailing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pasir Mas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.


Muhamad Zaki memberitahu, kebanyakan PATI yang masuk ke negara ini berasal dari Myanmar dan India.


Katanya, bagaimanapun dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berkurangan selepas polis menjalankan kawalan ketat di kawasan terbabit.


“Kebiasaannya, tekong darat membawa mereka menaiki van dan bergerak dalam kumpulan yang besar, tetapi kali ini hanya tiga atau empat orang sahaja yang ditahan,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Polis Kelantan sudah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menambah aset dan logistik bagi mengukuhkan kawalan sempadan.


Katanya, ia termasuk menambah unit kereta peronda (MPV) dan kamera litar tertutup (CCTV).




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecek sajo, buat tindakan la.. jaman sebelum covid berapa banyak van putih plat thai masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.043573 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list