View: 9396|Reply: 179
|
Halal Haram Belakang Cerita, Tahniah Jep Berani Kongsi Hukum Dosa Besar Sambut Hari Ibu
[Copy link]
|
|
Berbeza dengan kebanyakan orang yang menitip ucapan sempena Hari Ibu, pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu berkongsi video Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum orang Islam menyambut hari istimewa itu.
IG
Pendakwah terkenal itu dalam video berkenaan menjelaskan bahawa haram dan berdosa besar menyambut Hari Ibu.
Perkongsian Jep mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang memuji sikap pelawak ini yang dikatakan berani membuat hantaran perkara yang benar mengenai sambutan Hari Ibu dalam kalangan umat Islam.
Orang lain, halal haram belakajng kira. Tabik pada Jep kerana berani mengetengahkan benda betul. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa sebenarnya masalah ya..mmg la kna hargai ibu sepanjang masa tp xsalah kut ada satu hari yg khas buat ibu2..diorg pun mst happy diraikan..adoyai apa pun xboleh. Knp suka sntuh bab remeh temeh ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dudaberhias at 15-5-2023 03:43 PM
memang haram dan syirik ke sambut hari ibu ni?
perayaan hari ibu ni origin dia dari agama mana sebenarnya? sebab ada yang kata pagan, yang uai klem dari church... yang satu lagi klem dari greek...
kalau sebab perayaan orang kafir...
bukan ke puasa yang kita ikut tu pun dari hari ashura @ kippur (bulan yahudi berpuasa, ada di ceritakan masa Nabi Muhammad mula2 berhijrah ke Madinah)
bukan perayaan agama pun kan mothers day ni... perayaan agama pulak kategori lain seperti christmas etc...
manakala kalau nak kata sebab kita menyerupai sesuatu kaum, tidak di sebut pula menyerupai sesuatu kaum tu berdosa besar... sebab pakaian kita bertshirt berseluar bagai tu pun dari mana lagi kalau bukan dari kaum kafir... baju jubah tu pun dari orang greek... bertengkolok melayu tu pulak dari leluhur buddha srivijaya...
soalan serius yach... sebab iols tak faham jadi minta di percerahkan...
celebration ni tak penting pun... hari2 adalah hari ibu bagi iols... tapi takut juga benda yang tidak haram tiba2 di haramkan... in the future boleh jadi trauma dan terasa serba salah pergi percaya kalau benda tu salah... macam acik2 dok percaya mati hari jumaat makanya seksa kubur terlepas... sama juga dengan tipu meter tnb boleh... ahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku baru dgr tahun ni ye isu ni..ke aku x amik tau |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pergi mamposssss. ko kerja bmelawak bodoh pun aku rasa lagi banyak dosa dari sambut hari ibu. |
|
|
|
|
|
|
|
UAI kaitkan dgn gereja & amalan dlm Christianity yg mana merujuk pada Mothering Sunday. Kalau Mother’s Day itu hari utk honour mak2 sedunia. Sama mcm Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Buruh & sebagainya yg tak melibatkan kepercayaan agama. Harap agamawan di Malaysia pun kena peka juga lah apa significance hari-hari istimewa yg masyarakat dedikasikan pada golongan tertentu |
|
|
|
|
|
|
|
ikut niat ler...ada otak blh pikir..kalau sambut hari ibu plus kenduri doa selamat haram jugak ker |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cookingholic at 15-5-2023 03:58 PM
Nabi Muhammad sendiri tak pernah khaskan 12 Rabiul Awal utk celebrate hari keputeraan baginda. Tapi kat Malaysia sambut kan Maulid Nabi? Boleh ke gitu? Tak ke serupa dgn amalan org Kristian sambut hari Krismas setiap 25 Disember? Sbb krismas utk sambut kelahiran Jesus/Isa.
Kalau tanya gini kat ummah fesbuk & insta mampos meols kena cop wahhabi |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 la labuu acah alim pulak mamat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 15-5-2023 08:56 PM
Hari2 sambut Hari Ibu jaga, taat pada ibu.. tak yah tunggu setahun sekali..
Nak sambut jugak Mother's Day setahun sekali hak demaaaa ler asalkan tak syirik tak menyimpang akidah.. hang rai kan mak hang kannn untuk tambah kasih sayang kasih, menghargai Ibu go ahead... bukan hang anak beranak heret duduk depan patong Mary potong kek...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nie mesti follow uai..kita ada majlis fatwa, yg masalah org kita nie jadikan uai sebagai majlis fatwa..adoila. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan 11: Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?
Jawapan:
Firman Allah SWT:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub
(Surah al-Isra’: 23-25)
Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.
Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:
· Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
· Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
· Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
· Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.
Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Irsyad Fatwa
Irsyad Fatwa Umum
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah penting nya penceramah amek tauliah. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti ada pulak yang cakap . niat tak menghalalkan cara
|
|
|
|
|
|
|
|
ye, boleh je nak sambut pada satu tarikh tertentu. Cumanya dalam konteks ni, hari ibu yang disambut pada setiap 14 Mei tu adalah hari ibu bagi agama xtian ke pagan entah tu. Ala2 mother church diorang gitu. Iols pun baru tahu semalam. Nasib baik tak pernah sambut.
|
|
|
|
|
|
|
|
omg so true kaka yach... ahahaha...
kena tunggu lagi 10 tahun lagi la nampaknya untuk hilangkan baka2 bingai yang keje cop orang wahabi kat facebook n ig tu padahal deorang sendiri bidaah (melakukan/mempercayai amalan yang tak mengikut sunnah)...
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak yg beda pendapatan..bagi aku..kenapa mesti nak ikut ketetapan kapirun sambut hari ibu setiap hari ahad minggu kedua bulan mei ?
kalau rajin, cuba google info2 sejarah sambutan hari ibu oleh puak kapirun ni...
hari ahad memang hari Kristian pergi church....
terpulang lah..nak sambut hari ibu tak perlu tetap Tarikh ahad mingu kedua Bagai..
letak ja Tarikh terus...x kira la dia jatuh hari apa skli pun..sambutlah dgn ibu2 anda |
|
|
|
|
|
|
|
akuHavocczz replied at 15-5-2023 04:06 PM
itu lah penting nya penceramah amek tauliah.
Ya betul sangat..nak ambik hadis jangan sekerat sekerat, hadis tu rujukan dari mana.
Sebab itu paling tak gemar dengan ustaz celup wannabe .belajar agama tak habis, ramai pula benak percaya.( Bukan UAI) |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun....meraikheun hari ibu atas niat extention of perlakuan baik terhadapnyer...menggembirakheunnyer ...period....no more no less.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg haram ke, semua celebration haram, jgn lepas ni birthday pun haram juga
tapi serius nak tau, haram kenapa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|