|
Kemelut rumah tangga membabitkan pelakon Miera Liyana masih diikut rapat netizen dan media.
Terbaru, Miera berkongsi rakaman momen bahagia bersama suaminya, Rosland Othman dan anak-anak madunya, Adibah.
FB RotiKaya
Gambar itu kemudian dikongsi semula di Facebook RotiKaya, membuat netizen membanjiri ruang komen dengan sindiran dan nasihat pedas buat pasangan kontroversi itu.
Kata mereka, Miera tidak berhati perut sanggup berbuat begitu terhadap isteri pertama Rosland, malah mereka menyifatkan apa yang dilakukan aktres berkenaan seumpama merampas anak-anak serta suami Adibah.
Terdahulu, kemelut rumah tangga mereka mula mendapat perhatian selepas Rosland didakwa sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah Adibah serta memberi nafkah kepada wanita itu serta anak-anak. - CARI
|
|