CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Bezzecchi juara di Le Mans

[Copy link]
Post time 15-5-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode

BEZZECCHI meraikan kejayaan menjuarai MotoGp di Le Mans. -FOTO AFP

Le Mans, Perancis: Pelumba Itali, Marco Bezzecchi berjaya menghalang Jorge Martin untuk meraih kemenangan dalam acara MotoGp ke 1,000 di Le Mans.

Beberapa pelumba pilihan seperti juara dunia Francesco Bagnaia yang bermula di petak pertama dan juara enam kali, Marc Marquez terbabas dalam perlumbaan dan penuh huru-hara itu membolehkan Johann Zarco melengkapkan podium di trek tempatnya.

Bezzecchi dari Ducati, melepasi penalti awal selepas memintas Marquez secara keras dengan kedua-dua pelumba itu terkeluar dari trek.

Namun selepas diturun satu petak, dia kemudian beraksi dengan baik sebaik sahaja berada bahagian depan untuk meraih kemenangan MotoGP keduanya selepas menang di Argentina bulan lalu.

"(Ia) adalah hari yang sukar dipercayai bagi saya," katanya.

"Sejujurnya, pagi ini saya tidak menyangka akan berdepan perlumbaan sebegini.

"Tetapi semalam saya berasa baik di atas jentera dan saya tahu bahawa dengan permulaan yang baik saya boleh membuat sesuatu yang lebih.

"Jelas sekali saya tidak menjangkakan kemenangan, tetapi bagaimanapun ia perlumbaan yang baik.

"Saya dapat memintas mereka. Sebaik sahaja saya mendahului, saya dapat melakukan rentak yang baik dan saya berasa sangat baik dengan motosikal saya untuk terus ke depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hi-juara-di-le-mans
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.310400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list