CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 7

'Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah' Karya Cikgu Ery

[Copy link]
Post time 14-5-2023 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Pelabuhan Klang: Bagi memperbetulkan stigma masyarakat terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang ingin berubah, Mohd Khariri Mohamad Ramli menerbitkan buku bertajuk 'Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah'.


Mohd Khariri atau mesra disapa Cikgy Ery, 46, berkata, buku itu merangkumi perkongsian kisahnya sepanjang 12 tahun penghijrahannya selepas keluar daripada dunia mak nyah.


Menurut Cikgu Ery, kisah dirangkumkan dalam buku itu sudah lama ditulis berdasarkan pengalaman masa silamnya dan bersyukur kerana akhirnya dapat diterbitkan juga.


Cikgu Ery ketika melancarkan buku Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah di Pelabuhan Klang.




"Buku ini bukan diterbitkan untuk golongan LGBT dan yang nak berubah saja tetapi semua termasuk masyarakat di luar sana.


"Ia kerana ramai yang golongan LGBT atau penagih misalnya yang nak berubah tetapi usaha mereka terbantut dek kerana kecaman dan persepsi negatif segelintir masyarakat.


"Oleh kerana itu, saya terbitkan buku merangkumi aspek menyeluruh termasuk perkongsian kepada masyarakat mengenai cara menyantuni dan berdakwah kepada golongan LGBT atau sesiapa yang ada kisah silam.


"Bukan niat nak menunjuk baik tetapi sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri yang pernah digelar isi neraka ibarat tak layak masuk syurga, "katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran di Dewan Al-Islah, di sini, hari ini.


Cikgu Ery berkata, buku itu sesuai dibaca semua peringkat umur tidak kira remaja, dewasa mahupun yang sudah berusia.


Justeru, dia berharap buku itu mendapat sambutan supaya usaha dakwahnya dapat disebar luas kepada masyarakat pelbagai golongan.


"Saya cuba mendidik masyarakat menerusi buku kerana segelintir masyarakat di luar sana nak golongan LGBT berubah tetapi dengan cara memaksa.


"Ada rakan saya dalam komuniti (LGBT) yang memang nak jadi baik tetapi dilabel negatif apabila masuk masjid dan berada dalam masyarakat. Jadi, bahan bacaan santai ini diharap membuka mata masyarakat di luar sana," katanya.


Cikgu Ery berkata,buku itu tidak dijual di pasaran sebaliknya boleh dibeli secara terus dengannya.


"Kita terbitkan 200 naskhah untuk edisi pertama dan setakat ini sudah terima 100 pra tempahan, syukur Alhamdulillah," katanya.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah pengalaman berbelas tahun Cikgu Ery bergelumang dalam dunia mak nyah sebelum berhijrah.


Antara inisiatifnya dalam berdakwah adalah menjadi aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hijrah yang salah satu objektifnya adalah membantu komunitiLGBT termasuk bekas mak nyah.


Beliau menggerakkan NGO hasil kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 07:35 AM | Show all posts
kosser la nak berbuku bagai.

tiap pagi uols memondan juga buat "senaman sihat" kat tiktok. Senaman pun ntahapahapa.. silap-silap boleh injured..

BTW, katanyahhh masih mengajar kat sekolah, tapi pagi-pagi ada je buat live tiktok dengan senamannyahhh..

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 11:21 AM | Show all posts
bapok tua ni tersalah langkah la sangat....sampai skrg pun dok memondan buat video senam bodoh tu, padahal nak menggeletis pakai tights body suit pompuan, pakai mekap, kening tetap pantis macam drag queen, hari-hari semak lalu fyp tiktok, dah click not interested pun keluar lagi..gigih bapok ni beli iklan boost page pondan memondan dia tu... siapa yang support memang buta sebuta-butanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak taktau nak komen apa sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak doakan kau ke syurga lah iya sissy dapat request bidadara syurga dengan batang tebal 9 inci sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 11:41 AM | Show all posts
alololololo...

1- kening tu original ker tu?? lawa...
2- kenapa pakai spek mata bingkai mcm tu... bingkai hitam tak boleh ker?
3- awatnya jari kelengking melentik tu??
4- bibir tu merah yaa... lips gloss ker tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2023 03:51 PM | Show all posts
menyampah gak lalu fyp iollss video dia senam geli plus cringe giler. dh click not interested sti kluar. i report dan block kan ajer
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:18 PM | Show all posts
boleh tak share video tiktok heshe menari, sis? ada bapok tua kat tempat meols ni kan, heshe 60 taun gitu la, pastu dulu sundels sangat siap berlaki dan dah operate, sekarang ala2 dah insaf habiskan masa kat masjid. Tapi bila berborak tu kan, asikla citer pasal jantan sana jantan sini aiyooo sampaikan iols tak faham heshe ni dah berhijrah ke belum agaknya tak faham konsep penghijrahan bapok2 kat mesia ni macam mana. Bab mengumpat tu t tetap tak tinggal iya. Ada je tak kena kat mata pondan dia tu. So iols takleh nak husnuzon kalau dengar cerita2 pondan insaf la ape la choyyyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053763 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list