View: 895|Reply: 8
|
Wanita Bujang Jadi ‘Ibu’ 35 Remaja, Budak
[Copy link]
|
|
Johor Bahru – Meskipun belum berumah tangga, seorang wanita muda banyak menghabiskan usianya dengan menjadi ‘ibu’ kepada semua penghuni yang mendiami Rumah Perlindungan Fitrah Kaseh, Larkin di sini.
Wanita berkenaan, Nurain Sebli, 36, berkata, dia tekad mengorbankan segalanya kerana tersentuh dengan nasib yang terpaksa ditanggung 35 remaja dan kanak-kanak lelaki selain 41 penghuni wanita di rumah berkenaan.
Nurain (duduk di kerusi, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama anak-anak Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
“Sudah lebih lapan tahun saya menguruskan anak-anak di rumah perlindungan ini, mereka terdiri daripada anak-anak yatim, gelandangan serta asnaf.
“Saya belum berkahwin dan biarlah jodoh itu sampai bila sudah takdirnya. Kini, saya memfokuskan untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.
“Ada antara mereka yang tidak ada ayah dan ibu, malah ada juga yang tidak kenal pun siapa orang tua mereka. Saya dan pengasas Rumah Perlindungan Fitrah Kaseh, Camelia Arifin, 39, adalah tempat mereka menumpang kasih dan perhatian,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Nurain berkata, rumah perlindungan itu mula beroperasi di Larkin sejak 2015 dan telah menjadi saksi kepada ramai anak-anak yang diuji dengan kepayahan hidup termasuk kehilangan kasih sayang ibu bapa.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, kebajikan anak-anak yang tinggal di sini terjaga. Setelah lebih lapan tahun mereka di sini, ada dalam kalangan mereka dapat menempa kejayaan dalam pendidikan.
“Ada yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, universiti tempatan serta politeknik dalam pelbagai bidang. Masa depan mereka lebih cerah dan terjamin,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yg xgebang itu ini, muncul dlm media umum pun sbb dicari sendiri oleh wartawan..dan pengasasnya juga bkn pencipta content mahupun penagih publisiti murahan..maka den kagum dgn ko dik dan den doakan ko btl2 ikhlas menjaga mereka yg xbernasib baik itu..dan mudahan dgn keikhlasan ko dan teman ko, mengundang rahmat Allah SWT kpd kamu dan dikurniakan rezeki yg terbesar dik iaitu syurga...amin ya rabbalalamin...
p/s.. den xtau la klu die tetiba glamer sbg tiktok teko ke, or youtuber ke or media soSial yg lain..klu begitu, den xberkenan..tp klu btl die ikhlas, maka doa den diats ikhlas utknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols syak majoriti anak2 Ndon.
Pernah terfikir nak buat begini tapi aiols malas mengurus manusia. Pehtu takut kot2 tetiba jadik syaiton macam Benun bila anak jagaan ADHD plus degil namampus. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sentiasa dipermudahkan urusan.
Iolls kagum |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-5-2023 05:09 PM
Aiols syak majoriti anak2 Ndon.
Pernah terfikir nak buat begini tapi aiols malas mengurus manusia. ...
'PROJEK IC'...berselindung disebalik tabir??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat akak ni. Jaga seorang anak yatim pun dah dijamin syurga inikan pula jaga ramai anak yatim. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dan pengasas Rumah Perlindungan Fitrah Kaseh, Camelia Arifin, 39, adalah tempat mereka menumpang kasih dan perhatian
Aku nak lebih kagum dgn pengasas, Camelia Arifin ni instead boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde org amik sbg anak angkat ka? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-5-2023 05:09 PM
Aiols syak majoriti anak2 Ndon.
Pernah terfikir nak buat begini tapi aiols malas mengurus manusia. ...
Tidak
kalo anak warga indonesia banyak org tempatan mau ambil anak angkat |
|
|
|
|
|
|
| |
|