CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Perlis] Pati Myanmar ditahan bawa pistol bersama 15 butir peluru

[Copy link]
Post time 12-5-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Pati Myanmar ditahan bawa pistol bersama 15 butir peluru


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



SENJATA api, peluru dan wang tunai yang dirampas dari Pati. FOTO Aizat Sharif




Padang Besar: Sepucuk pistol dirampas selepas polis memberkas seorang lelaki yang dijadikan 'keldai' senjata api ketika cuba memasuki negara ini secara haram bersama 11 pendatang asing tanpa izin (Pati) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, di Chuping, di sini, pada Rabu lalu.

Pistol semi-automatik jenis Desert Eagle buatan Israel ditemui dalam sarung pistol atau 'gun holster' bersama 15 butir peluru dalam beg disandang suspek berusia 22 tahun itu yang mana ia dipercayai untuk dijual kepada anggota sindiket penyeludupan migran.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kumpulan Pati itu dikesan kira-kira jam 8 malam ketika Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Kompeni D Batalion 18 Briged Utara sedang melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di kawasan berhampiran Pos C32 di Chuping.

"Anggota yang menjalankan tugasan terserempak dengan Pati yang cuba memasuki negara ini di kawasan berbukit dan bersemak-samun.

"Tindakan pantas anggota berjaya menahan 12 Pati terdiri daripada tujuh lelaki, tiga wanita serta dua kanak-kanak perempuan yang berusia antara setahun hingga 48 tahun yang mana mereka dipercayai berasal dari Myanmar.

"Pemeriksaan selanjutnya terhadap salah seorang suspek menjumpai sepucuk pistol dalam sarung pistol bersama 15 butir peluru," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya turut merampas pelbagai mata wang berjumlah RM649 yang terdiri daripada mata wang Kyat Myanmar sebanyak 37,350 (RM79), Thailand Bhat sebanyak 4,240 (RM420) serta RM150.

"Siasatan awal mendapati suspek diminta seorang lelaki tidak dikenali yang kita percayai ahli sindiket penyeludupan untuk membawa beg hitam sebelum diambil lelaki lain selepas mereka diseludup masuk.

"Selain itu, hasil siasatan awal mendapati semua suspek masuk ke negara ini melalui Thailand untuk mencari pekerjaan dengan diarahkan oleh seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali yang turut mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 setiap seorang," katanya.

Mohd Shokri berkata, kesemua rampasan serta suspek ke IPD Padang Besar untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Kesemua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula semalam dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan.

"Selain itu juga seksyen yang sama turut boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 dan siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.



Disiarkan pada: Mei 12, 2023 @ 2:40pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.244096 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list