Tular video pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don mengupas topik ‘Depresi Dari Sudut Islam.’
Dalam rakaman tersebut Ustaz Don memberi contoh lirik lagu kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay iaitu ‘Fix You’. Kata Ustaz Don, punca utama individu tekanan kerana tidak tahu kemahuan diri.
"Kalau kawan-kawan tanya saya jawab macam ini. Antara benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay.. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia ‘Fix You’.
"You get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu.
"Apa yang anda mahu? Anda nak hidup bahagia ka? Anda nak duit banyak ka? Anda nak hati tenang ka? Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Jadi itu punca utama.
"Dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu tidak selari dengan apa yang dia mahu.
Twitter
Ustaz Don juga mengambil kisah Siti Maryam yang mengandung dan melahirkan anak lelaki iaitu Nabi Isa tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.
"Tekanan ini berlaku bila mana kita tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar. Contoh Siti Maryam. Siti Maryam mahu anak tak? Dia tidak mahu. Kalau dia mahu, dia kahwin. Betul tak? Kalau dia mahu, dia akan gembira bila Malaikat Jibril datang beritahu, ‘Maryam, kamu ini mengandung anak lelaki.’
"Tapi Siti Maryam kata, ‘Macam mana aku boleh mengandung?’ Orang lelaki tak sentuh aku pun. Maknanya dia tak mahu anak. Tapi Allah kata, ‘Maryam mengandung.’ Allah kata jadi. Jadilah.
"Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu Qada’ dan Qadar tadi itu. Dia tidak faham dekat mana dia nak hubungkan. Maka bila jadi sesuatu, cepat sangat untuk dia dapat depresi.
"Kita doakan kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua ini jangan termasuk dalam golongan orang macam itu. Mudah-mudahan Allah sembuhkan dia dari penyakit depresi.
Sekadar info, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert sulung di Kuala Lumpur pada 22 November depan tapi mendapat tentangan ramai pihak. -CARI
When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse
And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?
Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
And high up above, or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try, you'll never know
Just what you're worth
Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face, and I
Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face, and I
Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
Post time 12-5-2023 04:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ala,takut la nak dengar lagu tu ustaz.group ni kan support lgbtq,tak berdosa ke kalau kita dengar?pas pun suruh cancel konsert dorang sbb kes lgbtq ni.
Serba salah ni,nak pilih pas ke coldplay?
ustad don pun soh dengar lagu coldplay. kes lgbt tu mesti laa organizer dah bagi warning sesiap kat coldplay ko jgn nak terbang2 bendera rainbow tu bila buat konsert kat malaysia ni. mesti dah warning no swearing words bagai. mcm billie eilish tu la kan dia nak terswear tapi cover balik. billie pun takde terbang2 rainbow flag tu. pak lebai tu tau tak coldplay sponsor bersihkan sungai klang tu. nak harap pak lebai? tengok klate sudahhhhhhh.