CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suhu cecah 37 darjah Celsius di Utara Semenanjung

[Copy link]
Post time 12-5-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Suhu cecah 37 darjah Celsius di Utara Semenanjung


Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my



GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP




Kuala Lumpur: Cuaca panas di utara Semenanjung mencatatkan suhu maksimum sekitar 37 darjah Celsius yang dijangka berterusan sehingga tiga hari.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, antara negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Keadaan cuaca dilihat masih lagi panas terik terutama di empat negeri berkenaan dengan suhu maksimum yang direkodkan semalam, sekitar 37 darjah Celsius.

"Orang ramai di sekitar utara Semenanjung ini dinasihatkan berwaspada berikutan keadaan atmosfera di kawasan berkenaan dilihat sangat stabil mengakibatkan hujan yang sangat kurang dan hampir tiada hujan di kawasan terbabit.

"Keadaan ini dijangka berterusan selama dua hingga tiga hari akan datang," katanya menerusi laporan kaji cuaca di Youtube rasmi agensi itu, hari ini.

Menerusi peta Malaysia tertera beberapa kawasan mencatatkan suhu antara tinggi antaranya Hulu Perak merekodkan 37.2 darjah Celsius, Seberang Prai (36.7), Langkawi (36.8), Petaling (35.7) dan dua daerah di Borneo iaitu Kinabatangan, Sabah (35.7) dan Mukah, Sarawak (36.5).

MetMalaysia turut menasihatkan penduduk sekitar untuk minum air secara kerap dan banyak serta mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya pada waktu tengah hari.



Disiarkan pada: Mei 12, 2023 @ 11:41am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.358760 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list