View: 7816|Reply: 107
|
436 Keping Gambar Diperoleh Dari Telefon Bimbit Berkait Kes Ebit Lew
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret Tenom diberitahu saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Lew bahawa 436 keping gambar diperoleh dari sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, selain gambar itu, terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit berkenaan.
Latifah berkata, telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021 kira-kira 3.20 petang iaitu tempat beliau bertugas.
FB
Setelah menerima telefon bimbit itu, beliau membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.
"Saya menjalankan proses 'extraction' ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan pegawai penyiasat," katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.
Latifah berkata beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
Katanya satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.
Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati bahawa empat video yang ditayangkan dalam mahkamah pada hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.
Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara 'frame by frame' kerana video yang telah diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai 'jumping'.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
heheheheh
lama tak nyinggah yestana bertingkat2 lewd
|
|
|
|
|
|
|
|
Euwww! Geli la pulak tgk dia senyum gatal camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Ya hamponnnnn, baru 37 ke umur si Sabit ni |
|
|
|
|
|
|
|
seingat meols heshe lahir 1984, so 39. Pastukan, kebanyakan ustaz ustazah yang fofuler sekarang ni lahir tahun 80an yang meols perasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat 10 atau 20 gambar jer....rupanye 400 lebih.
Dasyat.....Tu camner nak lepas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pon gambar fake wajarkan seorang penceramah agama simpan dalam henfon ? Apetah lagi kalau gambar tu tak fake
Harap cepat2 kene humban dalam jail |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98: Ingat 10 atau 20 gambar jer... ...
xtau la kalau ada payung besar lg Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
.. dia pakai korset ke apa ni? awak nampak macam dada dia membuak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa kita buat kajian hanya dapat tengok tak sampai 20 gambar + video. Mohon share gambar lagi 380 keping untuk kita kaji bersama sama. |
|
|
|
|
|
|
|
selama ni ingatkan dia lagi tua dari iols rupanya x masuk 40 pun lg.
maaf, iols geliss la tgk dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Eeewuuuuu mulut tu mcm dah brung belatuk. |
|
|
|
|
|
|
|
yibit ni xblh ke bela janggut elok elok..geli la |
|
|
|
|
|
|
|
Wow.. byk nya koleksi simpanan. Dah mcm ala2 collector pula |
|
|
|
|
|
|
|
Osim sebak sayu,rexona |
|
|
|
|
|
|
|
Blerghhhhh apo gambar lain tkde ke
Kemut2 terkiput kiput.....
Siakap keli tkde nk post pasl dia kn
Oh media, utuseng, sinaran je post
|
|
|
|
|
|
|
|
Namun pentaksub tnya 400 gmbr dr hp sapa.. Mangsa ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal dada dia macam kena press? Nak juga dia pakai baju melayu body fit...hakikatnya huuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah bring it on!!! Bencinya tgk dia ni lepas tersebar berita ni. Cpt sikit kes ni. Menyampah acik2 fb kemain backup ckp pitenah bagai. Hrap2 masuk penjara, kena sebat. Hrp sangkut kes tabung derma dia skali |
|
|
|
|
|
|
| |
|