Ramai kanak-kanak antara 24 mangsa yang cedera apabila jambatan pejalan kaki sementara runtuh di bandar Espoo, Finland, di luar ibu negara Helsinki, kata pasukan penyelamat.
Hospital Helsinki dalam satu kenyataan, bagaimanapun menjelaskan kecederaan itu tidak mengancam nyawa.
Anggota penyelamat memantau lokasi jambatan pejalan kaki sementara yang runtuh. - FOTO Reuters
Kanak-kanak yang terbabit dalam kejadian itu adalah sebahagian daripada sekumpulan pelajar gred lapan yang pulang dari lawatan lapangan, lapor harian Finland Helsinging Sanomat, memetik seorang pelajar yang telah menyertai rombongan itu dan tidak cedera.
Polis berkata, jambatan sementara itu dibina daripada papan lapis ketika pembinaan sedang dijalankan di kawasan itu.
Media Finland menyiarkan gambar sekurang-kurangnya lima orang terbaring di atas tanah sambil dijaga oleh anggota penyelamat.
Sumber: Harian Metro |