CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1736|Reply: 13

Kesihatan Mental Pulih- Iqram Dinzly Dah Waras, Tukar Nama Jadi Iq Dinzly

[Copy link]
Post time 11-5-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Iqram Dinzly dianggap tidak waras sebelum ini gara-gara selalu membuat tindakan pelik menerusi platform media sosial.


Namun kini mengakui sudah menemui keseimbangan dan tujuan hidup.


Foto: IG




"Saya bersyukur Allah memberikan saya keseimbangan dalam kehidupan. Kalau dahulu mungkin orang tidak faham di sebalik tindak-tanduk seseorang.


"Kalau lihat saya juga sibuk dengan perkara berkaitan industri lakonan, tetapi sekarang, Allah luaskan lagi pemandangan saya untuk melihat dunia.


"Dalam fasa ini saya mahu menggunakan pengaruh dimiliki sebagai figura dalam dunia media sosial dan perniagaan.




  



"Saya diberi peluang menceburi bidang perniagaan dan pada Ramadan lalu, saya membuka beberapa 'booth' di Johor, Singapura dan Brunei," katanya kepada BH Online.


Dia juga mahu menjenamakan semula nama pentasnya daripada Iqram Dinzly kepada Iq Dinzly.


Katanya, nama Iqram Dinzly terlalu sarat dengan pelbagai kisah, justeru mengambil langkah dapat berubah menjadi 'insan baharu'.




  



"Untuk masuk semula dalam industri lakonan sebagai Iqram Dinzly, mungkin tidak lagi. Tetapi saya akan menggunakan nama baharu iaitu Iq Dinzly.


"Jadi, Iqram Dinzly tidak akan wujud dalam dunia lakonan. Nama Iqram Dinzly terlalu 'berat' untuk dibawa dan terlalu banyak sejarahnya. Ia merangkumi sejarah manis, duka dan lara.


"Saya perlu buang 'beban' lama dan tidak boleh bawa nama Iqram Dinzly untuk terus bergerak ke hadapan.


"Saya cuma mahu jadi contoh kepada individu yang mahu keluar daripada masalah penyakit mental," katanya.


  



Jelas Iqram, dia tidak menganggap apa yang berlaku sebagai masalah kesihatan mental, selain menyifatkan segala hinaan orang ramai terhadapnya adalah anugerah Ilahi.


"Saya mahu tukar terma penyakit mental dengan menganggap ia adalah keistimewaan yang Allah berikan. Selain itu, penyakit ini juga sebagai penghapus dosa, jadi saya perlu menghargainya.


"Walaupun nakal atau jahat, tetapi jangan lupa solat kerana itu adalah kunci. Apa sahaja hinaan atau cercaan dilemparkan, saya anggap anugerah yang sangat berharga," katanya.


  



Iqram pernah mencipta kontroversi apabila melakukan tindakan seolah-olah individu tidak waras dalam media sosial, termasuk didakwa mempersendakan agama Islam dan mendakwa memiliki enam karakter berbeza. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 05:25 PM | Show all posts
okayyy.......just do it....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 05:30 PM | Show all posts
dah masuk tanjung rambutan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back. Semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ala2 retis holiwod jadik mereng lepas diabuse orang2 prominent perfileman
moga hensem dan helok balik macam dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang nye caption diaaaa.
Ok, nanti time meols sorang2 kat kedai makan, taktau nak buat apa time tunggu makanan sampai, meols baca caption Iq Dinzly satu2 yach
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
td nmpk kat tv show apa tatau berambut pendek nampak semenggah bersih x mcm dulu.
tak dgr plak dia ckp apa, anak2 dok main perang2 depan tv
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:21 AM | Show all posts
sukati engkola princiky
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2023 09:02 AM | Show all posts
caption tetap merentan meroyan...sah sah ko masih sewel dan ting tong chicky ciku bom bom kepala otak kau lah...asyik nak salahkan orang dan play victim dalam industri je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak mahu guna nama "No IQ Dinzly" jer?  Senang orang nak ingat nama tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sama jer sewel dia, macam tak pulih2 pun.. acah2 sober plak ko kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 06:48 PM | Show all posts
macam gampunk je muka siap zoom2 kat interview tu... dah tahu orang tu tak herlok perlu ke ko zoom2 macam shoot filem dokumentari asteroid berlubang2 nak hempap bumi... yihhh...

tengok macam sama je kacipnya tu... mulut pun herot2... entah lah...
kalau dia berisi balik boleh je herlok kembali macam dulu... lepastu jaga penampilan...
malu lah dah ponen tapi tak reti jaga penampilan... ponen lah patut rajin bercukur, wax, kemas rambut semua etc... lagi2 jamban tu... kena la jaga elok2 macam taman klcc... siap ada pokok2 dan bunga2 dalam pasu gittew dalam rumah...

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 10:06 PM | Show all posts

You know what...I don't buy it...ini semua maketing jer dik.. kan baru berbisnis..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kemaen nk bermdah kat ig,tpi aku x pham ape dia nk sampi,terlmpau meleret2 yg xde hujung pngkal.walaupon bhasa dia guna tu mudah tpi mcam hurmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.163877 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list