View: 553|Reply: 5
|
Sami Tembak Sami, Bergaduh Tunjuk Hebat Siapa Paling Senior
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Seorang sami menembak sami lain kerana pertikaian mengenai senioriti di luar sebuah kuil di wilayah Nong Bua Lamphu, timur laut Thailand.
Thaiger melaporkan anggota Balai Polis Na Klang bergegas ke lokasi kejadian dan menemui sami yang cedera, Weerapong Arsanarm, 57, dengan lima kesan tembakan di perut dan belakang badannya.
Mangsa dilaporkan selamat selepas dirawat di Hospital Na Klang.
Foto: Thaiger
Lelaki bersenjata yang dikenal pasti sebagai Wandee Phukhiaw, 74, itu menyerang mangsa di Wat Rat Samak Khee.
Wandee tidak cuba melarikan diri tetapi menyerahkan sepucuk pistol ASTRA miliknya kepada polis di lokasi kejadian. Dia mendakwa memperoleh pistol itu daripada abangnya lebih 20 tahun lalu.
Saksi dan beberapa sami lain mengesahkan bahawa Wandee dan Weerapong kerap bertengkar mengenai susunan tempat duduk mereka semasa upacara keagamaan.
Pertengkaran bertukar ganas semasa waktu makan tengah hari apabila Weerapong meletakkan barang-barangnya di sebelah tempat duduk Wandee dan merenungnya.
Selepas menjerit kepada Weerapong, Wandee kembali ke biliknya untuk mengambil pistol dan menembak mangsa.
Wandee didakwa atas cubaan membunuh dan dipaksa meninggalkan tugasnya. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup atau 15 hingga 20 tahun kerana perbuatan tersebut. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
sami yang hari-hari berlatih kejiwaan pun tak dapat larikan diri dari kemarahan... tetapi apapun sami-sami ni dah sampai peringkat tinggi ni sampai kena tembak pun tak mati..ni aku andaikan sahaja sebab artikel pun tak cerita kenapa tak mati lepas kena tembak beberpa kali...
dulu aku pernah tengok gambar kubur dithailand yang digali, tak taulah sebab apa digali balik kawasan perkuburan itu.. kalau faham bahasa thai bolehlah baca kenapa kan... ada satu kubur itu kulit mayat itu tak reput, yang lain dah tak ada, tengkorak tak tunjuk pulak...
kulit mcm orang masih hidup, atas kulit kena cacah dengan tato entah gambar apa, barangkali itulah tato kebal.. lepas mati pun kulit masih bertahan... ada beberapa persepsi disni, tetapi aku malas nak layan sangat sebab kulit tak reput itu agak mengagumkan... |
|
|
|
|
|
|
|
eh...eh..eh....dh main pistol pulok sami ni...kungfu mana da??? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik pelik berita hari ni, artikel sebelah mati sbb tetek, yg ini sapa lagi senior |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah ostad tsenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
hikmat kebal perisai emas peringkat tinggi ni.....
yang pasal kulit sami tu kononnya bila sami yang kebal tu mati, nanti ada orang lapah kulit buat baju kebal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|