CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 4

Kanak-Kanak Orang Asli Trauma Tengok Kepala Bapa Saudara Diterkam Harimau

[Copy link]
Post time 11-5-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak Orang Asli, ‘trauma’ selepas melihat bapa saudaranya diterkam seekor harimau di bahagian kepala dalam kejadian di Hulu Sungai Aring, kelmarin.


Alang Kuang, 8, dan fasih bahasa suku kaum Bateq merupakan saksi tunggal kejadian Halim Asin, 27, diserang pak belang itu semasa sedang memancing ikan di kawasan sungai berkenaan.


Alang berkata, semasa kejadian dia sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai dan berenang menuju ke tempat keluarganya berkhemah.




ALANG Kuang (tengah) menunjukkan contoh gambar harimau yang dipercayai menyerang bapa saudaranya di Hulu Sungai Aring, Gua Musang, Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH





“Saya beritahu datuk (Asin Parang, 68)…pak cik telah diserang seekor harimau. Perasaan saya ketika itu sangat takut kerana melihat kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Aring 5 di sini, hari ini.


Sementara itu, bapa kepada Halim, Asin memberitahu, dia terkejut apabila Alang berlari ke arahnya dalam keadaan menangis dan ketakutan.


Katanya, selepas dimaklumkan berhubung kejadian itu dia terus bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 500 meter tempat mereka berkhemah.


“Ketika sampai kami dapati Halim sudah tiada. Kami seramai tujuh orang menaiki rakit menuju ke Kampung Aring 5 kerana takut haiwan terbabit muncul kembali.


“Saya memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai kejadian yang berlaku kepada Halim dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Paloh,” ujarnya.


Semalam, akhbar ini  melaporkan seorang lelaki  Orang Asli suku kaum Bateq dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing di Sungai Aring 5.


Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Halim Asin, 27, dari Kampung Aring 5 sedang memancing bersama anak saudara, Alang Kuang, 8, sebelum dikatakan diserang haiwan liar berkenaan.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 04:58 PM | Show all posts
..ingatkan berita mengenai anak lanso solow tadi kan kakadud @dudaberhias  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Sure trauma budak ni tengok pakcik sundiri kena terkam
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 11-5-2023 04:58 PM
..ingatkan berita mengenai anak lanso solow tadi kan kakadud @dudaberhias

Eeee tak baik tau kaka

Theyols lagi herlok vavavoom dari anak lan solo dan fad bocey yach.
Kalau di bandingkan dengan anak bidah lagi lah kalah.

Silap2 kalau ada pertandingan ratu cantik, yang atas tu juara. Anak bidah scammer, lan solo, fad bocey yang last sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 05:21 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 11-5-2023 05:08 PM
Eeee tak baik tau kaka

Theyols lagi herlok vavavoom dari anak lan solo dan fad bocey yach.

khenss.... pandai survive ye... nak harap anak lansau ngan anak bidah ntah ntah dah kena kokak rimau kan..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.418396 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list