CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 11

Kejadian Hanya 18 Minit, Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

[Copy link]
Post time 11-5-2023 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Pihak pendakwaan menegaskan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 2017 adalah mustahil hanya berpunca daripada seorang remaja.


Seorang remaja lelaki dibebaskan atas tuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu, manakala seorang lagi dipenjara selama tempoh mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana pertuduhan sama.


Ketika kejadian, kedua tertuduh yang berusia 16 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati kerana adalah pesalah di bawah umur 18 tahun.




Foto: Harian Metro




Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berkata, dua tong gas masing-masing seberat 14 kilogram (kg) diangkat oleh dua remaja dari tingkat bawah ke tingkat dua asrama pusat tahfiz itu.


Menurutnya, satu tong gas diletakkan secara menegak dan satu lagi melintang sebelum petrol disimbah serta pemetik api dinyalakan di depan pintu.


"Satu tong gas baru guna dan satu lagi tak buka lagi, kedua-duanya berat. Bukti kita bukan hanya dua tong gas ini saja tetapi ada garis masa kejadian melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


"Selepas simbah petrol, (dua remaja itu) turun tangga sebelum kembali ke motosikal sebelah bangunan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdekatan pusat tahfiz dan CCTV merakamnya.


"Semua ini berlaku dalam 18 minit dan mustahil (angkat tong gas) oleh seorang, perkara itu dibuat oleh dua orang," katanya ketika berhujah berhubung rayuan terhadap pembebasan lelaki terbabit di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.


Prosiding di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abu Bakar Jais, bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun.


Pada 9 Mac lalu, panel terbabit mendengar hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung rayuan seorang lagi lelaki kerana sabitan penjara berkenaan.


Pihak pendakwaan memanggil seramai 71 saksi, manakala enam saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Mei 2018.


Dalam kejadian menyayat hati pada 14 September 2017 itu, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar.


Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi.


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 97(2) akta sama.


Sementara itu, peguam lelaki yang dibebaskan itu, Haijan Omar berkata, hujahan mengenai tong gas diangkat dua individu tiada merit kerana tiada pengecaman positif.


"Kedua, kalau lihat kepada dapatan di akhir kes pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie selain pengecaman positif, Mahkamah Tinggi mengguna pakai keterangan lain iaitu tiadanya perbualan dalam kes ini.


"Tiada keterangan menunjukkan bahawa responden (anak guam) terbabit dalam perbualan. Tiada yang kata responden mengambil bahagian sama ada bercakap atau membalas, tiada yang kata responden membeli petrol," katanya.


Abu Bakar kemudiannya menetapkan 14 Julai ini untuk keputusan terhadap rayuan pendakwaan dan pembelaan terhadap hukuman serta pembebasan lelaki terbabit. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat kes ni..mmg sangat sadis. mmg nekad diorg plan nk bunuh bdk2 tahfiz tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:21 PM | Show all posts
dah 6 tahun lah kan kes ni... means budak yg buat khianat tu dah 21 thn.. soo kalo tunggu perkenan agong.. adakah bakalan lepas?? ayoo takut dah lepas makin ganas budak ni.. yg sorang lepas pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:26 PM | Show all posts
23 nyawa hilang dlm 1 insiden

what were you thinking

teik tu xnk bela ka kes ni

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat lagi case ni. Tgk video menyayat hati tu dengar ada yg mintak tolong. Sayu betul. Sedih gila bila dpt tau, yg membunuh tu, bebudak jugak. Ingat litar pintas ke apa. Rupanya manusia berhati shaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:37 PM | Show all posts
parent  2 ekor tu pun patutnya diheret ke court


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2023 03:51 PM | Show all posts
mcm mane sorg lg tu boleh lepas? sedangkan dua2 lari naik motor kan. erm mesti yg kne penjara tu skt hati kt yg bebas tu.. harap yg bebas tu insafla tp moga ke dlm jgkla ko dik
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 04:20 PM | Show all posts
budak tak budak, umur gitu memang tetaplah dah berakal nk buat benda baik/buruk. Muka masing-masing pun memang muka penyangak....takkan lah terlepas macam tu je?? Btw, peguambela tak rasa bersalah ke defend budak 2 ekor ni yang dah terang-terang membunuh 23 orang? sanggup eh demi duit...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 04:34 PM | Show all posts
Tahfiz ni jalan balik keje hari-hari
lepas kejadian tu, setiap kali lalu mesti berair mata
imagine diorang berebut kat tingkap hujung tu nak selamatkan diri
dalam hati berdoa semoga pelaku mendapat balasan setimpal
sedikit pon takde belas kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bosan nak nunggu justice donyaaaa nehhhh
umur laaa perkenan laaaa
should be eye for an eye
patut jenis hati syaiton ni dihabiskan jeee bloodline nyaa sampai pelaku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:10 AM | Show all posts
amenda la lama sgt bertahun2 cube yg mati tu anak vip podahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ape sebab yg lg sorg tu dibebaskan? lepas kes dibicarakan then senyap gitu je ke iols terlepas pandang?
kalau bdk yg lepas tu mmg terlibat sekali risaunya kat luar ada bdk giler jahat tak padan kecik. mohon jgn membiak!!!
mohon bdk kat penjara tu jgn dilepaskan, 23org mati sbb peel khianat dia. ape yg sakit hati sgt entah sampai sggup bakar org hidup2. makpak lagumana laa bdk2 ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059296 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list