CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2151|Reply: 17

Aufahanie Dicop Suka Tiru Artis Lain- Baju Macam Gaya Aina Abdul, Muka Macam Sarah Suhairi, Suara Ala Dayang Nurfaizah

[Copy link]
Post time 11-5-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Nama Aufahanie, 20, menjadi sebutan di media sosial kerana tidak sengaja memakai busana iras salah seorang juri, Aina Abdul semasa konsert Big Stage yang berlangsung minggu lalu.


Aufahanie yang menyanyikan lagu Geming Jiwa turut terkejut dan menegaskan ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata dan bukannya gimik seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Foto: IG




“Memandangkan saya mempersembahkan lagu balada Geming Jiwa, jadi kami tidak menggunakan banyak props sebaliknya meletakkan kreativiti kepada baju.


“Soal pakaian semua saya serahkan kepada pihak pengurusan. Saya tak tahu baju apa yang akan dipakai sehinggalah sesi latihan. Itupun saya tidak tahu menahu apa yang dipakai oleh Aina.


“Tapi bila ‘kapsul’ dibuka malam itu, saya pun terkejut dan tergamam. Pakaian yang ala-ala sama dengan Aina memang hanya kebetulan,” katanya kepada Utusan Malaysia.




  



Namun begitu, tidak hanya pakaiannya yang menjadi sorotan. Vokal dan persembahan keseluruhan penyanyi asal Shah Alam, Selangor itu juga menjadi tumpuan.


Malah kongsinya, selepas habis persembahan malam itu, pengurusnya tidak membenarkan dia membaca komen di laman sosial supaya dapat memberi tumpuan dan tenaga kepada persembahan.




  



“Saya banyak dengar daripada kawan-kawan dan keluarga bahawa ramai yang memberikan reaksi positif terhadap persembahan saya.


“Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa-apa komen daripada warganet kerana saya masuk pertandingan, jadi saya kena bersedia untuk disuka atau tidak
.
“Apapun, saya sudah berhasrat memasuki Big Stage sejak lima tahun lalu. Bila sudah diberi peluang, saya akan berusaha semaksimum mungkin,” tambahnya.




  



Ini bukan kali pertama Aufa disamakan dengan Sarah Suhairi. Sejak gadis itu mula membuat video lagu-lagu saduran di aplikasi TikTok, sudah ramai yang memberikan komen sebegitu.


Tidak hanya Sarah, ada juga yang menyamakannya dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Dayang Nurfaizah.


Namun begitu, Aufa tidak berkecil hati. Gadis itu berharap agar masyarakat dapat menerimanya sebagai Aufahanie tanpa perlu berselindung di bawah bayangan penyanyi lain.




  



“Saya terima sahaja apa yang dikata orang ramai sebab itu satu pujian kerana Sarah seorang yang cantik.


“Saya dan pihak pengurusan masih mencari lagi rentak dan arah tuju karier saya. Saya mahu lari dari bayangan penyanyi lain. Sekarang saya sedang lakukan yang terbaik agar di kemudian hari tidak ada lagi yang menyamakan saya dengan sesiapa,”katanya yang juga pernah tercalon sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik 23.


Aufa mengakui tidak main-main dalam membuat persiapan sebelum berperang di pentas Big Stage. Pengalaman pernah terkucil semasa membuat persembahan di sebuah pertandingan program realiti nyanyian pada tahun 2020 membuatkan gadis itu bangkit lebih kental.




  



“Selepas kejadian itu, saya akui sedikit trauma untuk buat persembahan di atas pentas. Namun keluarga dan pengurusan selalu memberikan sokongan.


“Baru-baru ini saya ada buat persembahan di sebuah acara Malam Galau Indonesia yang dihadiri 5,000 pengunjung. Jadi di situ saya perlahan-lahan mendapatkan kembali keyakinan dan kekuatan untuk bertanding di pentas Big Stage,” tambahnya.


Mengulas kekuatan 13 peserta lain yang tidak kurang hebatnya, Aufa tidak putus asa sebaliknya menggandakan usaha untuk memberikan persembahan terbaik setiap kali konsert.




  



“Saingan peserta kali inu sangat kuat terutamanya daripada peserta berkumpulan. Impian saya untuk bertahan dan bergelar finalis di minggu akhir.


“Saya rasa peserta terkuat Hoondoo dan Waode sebab strategi mereka sangat hebat. Vokal pun tak dinafikan memang ada kekuatan.




  



“Jadi, saya kena bekerja lebih gigih. Saya akan tunjukkan apa yang saya ada,” tegasnya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 01:08 PM | Show all posts
low note je mcm dayang
mai chorus baru keluar suara sebenar

nexttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:17 PM | Show all posts
nauzubillah min zalik... who are yussss....

ikan bilis pulau pangkor tu lagi kaka kenal berbanding kau dekkk...

belum lagi kaka sebut si mira yang dok meruntuhkan tokong tu...
yang tu lagi lah acik2 porum kenal berbanding kau... meskipun terus menopos bila teringat rupa si view chin tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:20 PM | Show all posts
siapa nih??? tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:27 PM | Show all posts

Sama lah aku pun...tak kenal
Tapi baca artikel tu macam sheols salah sorang peserta Big Stage
Tak layan Big Stage...sbb tu kita tak kenal kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka awam sangat mcm student uitm course business
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2023 02:36 PM | Show all posts
yg nie pn x kenaii... ramai btl reris bru..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:26 PM | Show all posts
iols nmpk ada iras ira kazar, yg waode pulak mcm  ruth sahayana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 03:37 PM | Show all posts


lagu dia ni rasanya jd ost drama bintang kan kat tv3 tu... cuma iols mmg whoareyusss kan siapa ko dek non...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:41 PM | Show all posts
dia ni adik si terpaling perfume kat twitter kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
whoisyuhhhhh?
makin basic retis2 malaya neh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal caption ko cam bangang dek. Cringe namatey
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia macam taIK yakni bini kesayangan solident
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Br datyar jd bdk u ek??? Bbnu naw nehhh.. Next
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sebiji muka mak dia laa.. bukan kerabat kazarian.
selalu je nyanyi kat skolah. pernah la ngajar dia dulu. mmg jiwa kental. baik je budak nya.
moga berjaya mengejar cita2 jd anak seni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sore ko sedap dik dalam big stage tu. hakak sapport kau. go go go aufa!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu biasa untuk menjadi artis, kamu akan mudah dilupai nnt
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:17 AM | Show all posts
berambos geli tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.267432 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list