CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Kedah] Lelaki ditahan seleweng diesel di stesen minyak

[Copy link]
Post time 11-5-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki ditahan seleweng diesel di stesen minyak


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



VAN yang ditahan KPDN Kedah kerana dipercayai cuba menyeleweng minyak diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai. FOTO ihsan KPDN




Alor Setar: Lelaki ditahan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah kerana disyaki menyeleweng minyak diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai di sini, semalam.

Lelaki 32 tahun yang juga pemandu sebuah van itu ditahan hasil pemeriksaan Op Tiris yang dilakukan dari 4 petang semalam hingga tengah malam tadi berdasarkan maklumat dan aduan orang awam.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, sewaktu pemeriksaan di stesen minyak berkenaan, anggota penguat kuasa menahan sebuah van Toyota bernombor pendaftaran tempatan bersama lelaki itu yang mengisi minyak diesel.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui dua unit tangki fiber IBC yang berisi minyak diesel.

"Hasil soal siasat, pemandu tidak mempunyai apa-apa kebenaran bertulis berkaitan pemilikan barang kawalan berkenaan.

"Anggota penguat kuasa kemudian menyita sejumlah minyak diesel dianggarkan 650 liter yang ditemukan di dalam tangki IBC berkenaan, dan van itu disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Affendi berkata, beberapa dokumen berkaitan turut disita untuk siasatan lanjut, manakala pemandu van itu ditahan untuk siasatan.

Beliau berkata, nilai rampasan minyak diesel adalah RM1397.50, manakala nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM6,697.50.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.



Disiarkan pada: Mei 11, 2023 @ 10:19am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.399201 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list