View: 1440|Reply: 8
|
Syafiq Kyle Dengar Banyak Ceramah Agama Sebelum Jadi Suami, Dapat Job Berlakon Drama United Kingdom
[Copy link]
|
|
Tengah sibuk buat persiapan perkahwinanSyafiq Kyle memaklumkan dia bakal berkerjasama dengan sebuah produksi berpangkalan di United Kingdom (UK).
Katanya projek drama bersiri itu merupakan adaptasi daripada novel penyiasatan yang mengisahkan seorang inspektor datang ke beberapa negara untuk membuaat siasatan.
Foto: IG
"Saya akan berkerjasama dengan pihak produksi United Kingdom (UK), siri berjudul Inspector Singh dan akan mula jalani pengambaran bulan Julai ini.
"Siri ini diadaptasi daripada novel dan pelakon utama dari London, dia datang ke Malaysia kerana ada satu kes perlu diselesaikan.
"Watak saya sebagai Sarjan Syukur, skrip buat masa sekarang masih lagi rahsia," katanya kepada mStar.
Syafiq memaklumkan bahawa dia antara artis yang berjaya di dalam uji bakat di lakukan oleh pihak produksi berkenaan.
Malah ini adalah permulaan awal bagi dirinya untuk cuba memasuki pasaran luar.
"Dia orang cari pelakon dan saya datang untuk uji bakat, saya diterima. Ada beberapa pelakon Malaysia lain yang turut terlibat sama.
"Saya kena belajar bahasa Inggeris dalam siri ini, saya suka perkara-perkara yang memcabar diri sebab itu saya ambil peluang ini selain ingin mengetengahkan bakat saya," kongsinya.
Bercakap mengenai debaran bakal bergelar suami, Syafiq memberitahu dia kini banyak mendengar ceramah agama sebagai persediaan.
Jelas Syafiq persiapan telah selesai dan dia kini lebih fokus kepada kehidupan selepas berkahwin dengan bakal isterinya, pelakon Mimi Lana.
"Saya banyak tengok ceramah-ceramah dari ustaz sebagai persiapan untuk bergelar suami. Segala persiapan telah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja pada bulan lapan nanti," ujarnya.
Pada Januari lalu, Mimi memuat naik sebuah foto yang menunjukkan jari manisnya disarungkan cincin dengan kapsyen 'One step closer' dan dipercayai sudah mengikat tali pertunangan dengan Syafiq.
Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selama lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut selepas masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
fuyooo tak sabar pulak nak tgk citer tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kontra sgt dgn bakal bini ni...edeh mimi harap x kena kurung dgn setad sapik nanti |
|
|
|
|
|
|
|
tingat aku memula kawin.. blk kje jer dlm kete dgr ceramah ustat Basalamah tu psl rumah tga.. hehehe..
mimi cantikkkkk.. model2 gitew.. tp ye la dh jodoh kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lagi satu kapel. Timeline beterabur onoffonoff-kejapadekejaptakde-kejapkeblakangsikit tapi kawennya tidak. Sejak tahun 2017 la da dengar citer.
Smoga menjadik bebetulla lepas nih, berkekalan hingga ke akhir hayat. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menikmati ciknek kecik kenot... Kalau ada pape masalah boleh beli extensions k. Jangan unfollow mengunfollow bagai kat ig pulal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah mimi bakalan berbungkus |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah kot... Dr lyn die blakon.. Terus xleh tgk die sbb dok igt bdeo nan hado he olls |
|
|
|
|
|
|
|
pape la capik. blkng sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|