View: 503|Reply: 2
|
Dipuji Jutaan Peminat Seluruh Dunia Dengan Hampir 3 Bilion Tontonan, Hakikatnya Ramai Benci Lagu Justin Bieber
[Copy link]
|
|
Pelbagai kandungan menarik ada di YouTube. Begitu juga dengan lagu yang dinyanyikan artis popular.
Biarpun sudah mempunyai peminat masing-masing, namun lagu-lagu tersebut tetap dibenci setakat ini.
Meskipun jumlah tanda tidak suka (dislikes) sesebuah kandungan video tidak lagi didedahkan kepada umum sejak 2021, ia masih tidak mengekang reputasi buruk lagu berkenaan daripada tular di media sosial.
1. YouTube Rewind 2018
YouTube Rewind 2018 turut dikenali sebagai YouTube Rewind 2018: Everyone Controls Rewind merupakan rangkuman kepada muzik dan perkara yang digemari oleh pengguna media sosial pada tahun itu.
Antara perkara yang dimasukkan di dalam video tersebut adalah lagu Korea Selatan, aktiviti mencairkan gincu, mukbang, penyanyi Marchmello, cabaran media sosial dan kesedaran mental.
Artis seperti Will Smith dan beberapa selebriti media sosial lain turut terlibat dalam muzik video itu.
Lagu ini dikatakan mendapat lebih 20 juta tanda suka, namun beberapa sindiran menyebabkannya mengumpul kira-kira 6 juta tanda tidak suka.
2. Baby – Justin Bieber
Lagu Baby mula diperdengarkan pada tahun 2012 dan mendapat lebih 2 bilion tontonan. Namun, lagu nyanyian Justin Bieber itu antara yang paling dibenci di YouTube.
Meskipun lagu Baby ini popular di serata dunia, namun ternyata single debut Bieber itu antara yang dibenci pengguna media sosial.
Dianggarkan Baby mendapat kira-kira 14 juta tanda tidak suka.
3. Can This Video Get 1 Million Dislikes – PewDiePie
Peminat dunia alam maya tentu sahaja mengenali figura media sosial, PewDiePie.
Video tersebut dimuat oleh PewDiePie dan meminta agar pengguna media sosial menekan tanda tidak suka sebanyak 1 juta.
Video yang dimuat naik pada 2016 itu berjaya mendapat hampir 5 juta tanda tidak suka.
Berdasarkan rakaman, PewDiePie mengatakan video yang mendapat tanda tidak suka akan mendapat lebih perhatian.
4. Despacito – Luis Fonsi dan Daddy Yankee
Biarpun berjaya mencetuskan fenomena di seluruh dunia, namun lagu Despacito mendapat lebih 6 juta tanda tidak suka.
Muzik video yang dimuat naik ke YouTube pada 2017 itu berjaya meraih lebih 50 juta tanda suka.
Bagaimanapun, masih terdapat sebilangan yang kurang senang dengan lagu tersebut sekali gus tidak menyukainya.
Sumber: BOOM! |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha kaka stakat justin tu ok lah lagi,
tapi kalau despacito tu smp ke sudah tau sebut tu jer.
lirik yg lelain mcm tak reti nk mnyebut. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni idok le fan justin bibir, tapi aku suka juga dengan lagu2 justin bibir nih. same goes to avril lavinge. walaupoh heshe pernah je few table away from me kat restaurant takda aku menggelupor nak bergambor dengan heshe. |
|
|
|
|
|
|
| |
|