Kementerian Pertahanan tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan anggota atau pegawai didapati bersalah dalam kes buli seorang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 12 April lalu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pihaknya tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan anggota atau pegawai didapati bersalah dalam kes buli seorang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 12 April lalu.
Menteri Pertahanan Dah Warning Anggota Dan Pegawai ATM Membuli Boleh Dibuang Kerja, Kita Tengok Kebal Ke Tidak
Tegasnya, tindakan akan diambil selepas siasatan polis dan dalaman selesai dijalankan, ia termasuk dibuang kerja sekiranya individu terbabit terbukti bersalah.
"Hasil siasatan kita akan melihat nanti (tindakan) kerana kita tak boleh terus menjurus kepada sesuatu tanpa tahu perkara sebenarnya yang berlaku berikutan siasatan masih berjalan.
"erkara seperti ini tak sepatutnya berlaku kerana ini bukan budaya kita tetapi perkara begini kadang-kadang berlaku di peringkat sekolah rendah pun boleh berlaku jadi kita harap ia dihentikan," katanya ketika ditemui semasa hadir ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan lima pelatih kursus TUDM dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan.
BACA JUGA: Pelatih TUDM Kena Buli Sampai Pekak - 'Kau Gay Ke Gigit Telinga Adik Aku?'
Kejadian terbongkar selepas keluarga seorang daripada mangsa tampil membuat laporan polis serta memuat naik ke media sosial Twitter.
Susulan itu, siasatan dalaman berhubung kejadian buli itu dijalankan selain siasatan daripada pihak polis.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilapor berkata seramai 10 saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan.
Mengulas lanjut Mohamad berkata, pihaknya memberi peringatan kepada semua warga ATM supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang melanggar syarat perkhidmatan.
Katanya, jika didapati masih berlaku pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tanpa kompromi.
Sumber: Harian Metro |