CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

Aston Martin boleh ‘tapau’ Red Bull

[Copy link]
Post time 10-5-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode

ALONSO mahu Aston Martin sentiasa fokus dan bersedia untuk menewaskan Red Bull sekiranya mereka melakukan kesilapan pada saingan F1 untuk meraih kemenangan. – AFP


MIAMI – Fernando Alonso percaya Aston Martin mampu me­langkah jauh dalam saingan Formula Satu (F1) dan menuntut pasukannya itu bijak menggunakan segala kesempatan jika mahu menjulang kemenangan Grand Prix (GP) pertama musim ini.

Aston Martin dilihat antara pasukan pencabar selepas Alonso sekali lagi mencipta kejutan apabila menamatkan GP Miami di kedudukan ketiga pada Ahad lalu dan menariknya ia adalah podium keempatnya musim ini.

Jelas, keputusan itu bukan sekadar nasib tetapi Aston Martin memiliki jentera yang sama hebat seperti pasukan Red Bull yang telah melakar lima kemenangan dalam lima perlumbaan musim ini.

Hasil terbaik itu membuatkan Alonso dahaga lebih banyak keputusan terbaik bersama Aston Martin terutama untuk menjulang kemenangan pertama mereka

“Jelas sekali, kami mahu me­langkah satu langkah lebih tinggi terutama mencari penamat ke­dua. Satu hari nanti kami juga berpeluang memenangi perlumbaan.

“Pada masa ini ia tidak berlaku kerana Red Bull lebih baik. Ia le­bih kuat, lebih pantas dan mereka juga sentiasa menamatkan perlumbaan di kedudukan 1-2.

“Tetapi jika suatu hari nanti Red Bull melakukan kesilapan, kami perlu memastikan Aston Martin berada dalam kedudukan itu untuk melakar kejutan untuk menjuarai perlumbaan.

Walaupun Alonso merasakan jurang prestasi dengan Red Bull terlalu jauh, namun juara dunia dua kali itu percaya Aston Martin mampu mencari ruang dan ­peluang untuk mencabar skuad juara dunia itu.

“Jurangnya agak besar tetapi saya harap kami mampu mengejar mereka di beberapa litar lain selepas ini. Dengan beberapa peningkatan yang akan kami bawa pada musim ini mungkin meletakkan kami dalam kedudukan yang berbeza atau lebih kompetitif,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... leh-tapau-red-bull/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052375 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list