CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 7

Anak Lelaki Cikgu Berusia 15 Tahun Tinggal Surat Sebelum Hilangkan Diri

[Copy link]
Post time 10-5-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja lelaki meninggalkan sekeping surat kepada bapanya sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff mengesahkan bapa remaja berumur 15 tahun itu menyedari kehilangan anak keduanya kira-kira jam 5 pagi.








"Siasatan awal mendapati mangsa meninggalkan nota bertulis mahu meminjam wang RM50 dengan alasan mahu mencari kerja


"Bapa remaja tersebut yang juga merupakan seorang guru itu kemudiannya bertindak mencari anaknya di kawasan-kawasan sekitar, namun tidak jumpa," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.


Katanya, siasatan dijalankan mendapati remaja tersebut dipercayai keluar dari rumah antara jam 2 pagi hingga 5 pagi.


"Remaja yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah itu turut didapati tidak membawa telefon bimbit ketika keluar dari rumah.


"Fizikal remaja tersebut berbadan kurus, rambut pendek dan bercermin mata," katanya.


Menurutnya, pakaian terakhir remaia tersebut adalah jersi berwarna biru.


"Selain itu, remaja tersebut turut berseluar kargo pants, berselipar dan membawa bag bimbit.


"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Sarjan Hishamudin Amin di talian 011-11739477," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 12:07 PM | Show all posts
kelas ko dikkk....
skrg kalau tak suka, lari dari rumah teruss....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 12:15 PM | Show all posts
alahai anak cikgu... entah apa yang di fikirkan awak yer dik... terus lari ye dari rumah 15 tahun dah nak ada duiit sendiri ek nak keje,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada awek tgh tunggu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 02:16 PM | Show all posts
detail sungguh tajuk nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
anak cikgu xmenjadi, mcm mane lah bpknye dpt keje cikgu ni gune kabel ke xberkat ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bawak phone dak?
Kalau bawak phone xsusah nak cari sebenarnya
Kena ada org dalam je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035768 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list