Pendapat diluahkan Datuk Nora Ariffin mengenai perkahwinan di Instagram Storiesnya (IGS) mencuri tumpuan.
Penyanyi itu menitipkan pesana kepada umum bahawa seseorang perlu memastikan apa niatnya untuk berkahwin.
IG
Katanya, jika niat untuk membina rumah tangga itu disebabkan Allah SWT pasti akan diberi keberkatan dan kebaikan.
“Tepuk dada, tepuk dahi, fikir sendiri,” tulis Nora.
Dalam hantaran terbarunya pula, Nora turut mendakwa nafkah untuk isteri berubah mengikut peredaran zaman.
" erempuan zaman dulu, nafkah ikut kemampuan suami. Perempuan sekarang dah lain, semua ada harga," katanya.
Nora pernah berkahwin dengan komposer, Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Lebih pilu, Nora diuji sekali lagi dengan pemergian anak keduanya iaitu Muhammad Syakir Aliff yang berusia 20 tahun pada 13 Disember 2019.
Kini, Nora merupakan isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang merupakan rakan baik kepada Allahyarham Johan Nawawi.
Sumber: Xtra |