CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2515|Reply: 25

“Nak Kecam Silakan Tapi Jangan Fitnah” - Aaron Aziz Perjelas Babak Pegang Ular, Netizen Marah Boleh Buat Kucing Trauma

[Copy link]
Post time 9-5-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Datuk Aaron Aziz teruk menerima kecaman warganet gara-gara tindakannya memegang seekor ular sawa yang didakwa boleh memberi trauma kepada kucing ketika terlibat dalam sebuah penggambaran drama baru-baru ini.


Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, tindakan memegang haiwan reptilia itu hanya sekadar lakonan dan menjelaskan ada pakar haiwan yang mengawasi persekitaran ketika babak berkenaan dirakamkan.






"Sebelum buat babak itu, saya ini selaku pencinta kucing sudah awal-awal maklumkan agar tidak meletakkan ular di situ jika ada simptom tertekan terhadap kucing.


"Ada 11 orang pakar di sana untuk menjaga. Jangan buat fitnah. Ia hanyalah sekadar lakonan sahaja," katanya.


Aaron menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.


Sebelum ini menerusi satu hantaran berbeza, pelakon asal Singapura ini menerima kecaman hebat netizen terutama pencinta kucing yang kurang setuju dengan perbuatannya ketika itu.


  



Ada yang mendakwa ular sawa bersaiz besar itu boleh menimbulkan rasa trauma terhadap kucing-kucing yang berada di situ.


Dalam pada itu, Aaron berkata, dia sendiri memelihara kucing di rumah pasti tidak tergamak melihat haiwan itu melalui kesan trauma apabila berada dekat dengan haiwan pemangsa seperti ular.






"Kalau siapa yang kenal saya, mereka tahu saya sayangkan kucing. Saya tidak akan melakukan perbuatan sebegitu terhadap kucing. Lagipun yang terlibat dalam penggambaran itu bukan orang-orang yang zalim.


"Sebelum melakukan penggambaran, kami telah jalankan ujian dahulu. Tiada langsung bunyi ular yang boleh memberi kesan kepada kucing," jelasnya.


Kata Aaron, dia terbuka dengan kecaman netizen namun tidak mahu kata-kata dilemparkan kepadanya menimbulkan fitnah.


"Kalau nak kecam silakan, nak sekat sekali pun silakan. Tetapi janganlah buat fitnah," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 03:51 PM | Show all posts
tak slipdisc pulak ye heols angkat ular tu siap lilit2 kat leher bagai...

btw mana kucingnya tu? tak nampak pun.. trauma sangat2 kah takat ternampak ular je pun... kucing orang lain siap main2 dengan ular senduk dan cakar ular tu sampai mati...
pondan betul yang komen pun sikit2 trauma... terpaling hidup trauma...

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 04:02 PM | Show all posts
tok haron pun rajin melayan ponen ponen kat internet ye sejak dulu... pastu tayang2 biji labuh bila senam pakai seluar pendek lusuh dia tu... senyap la ponen2 internet tu nanti.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
11 org pakar kat set? mmg kene ramai gitu ke biau btol
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya perlu ke scene yg sebegitu whatever it is
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis bodoh sombong. Dia blocknye semua org yg tegur dia. Page Malaysia Animal Association tegur elok je. Semua tegur elok2 je yg i nampak, takde sape fitnah yg x betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cos troma kt kucen la sgtsss..
Org yg rumah jadik tempat kencing berak kucen bertuan lg troma hari² kna hadap cuci najis.
Tuan kucen buat² xkenal kucen sendri.
Org kutip buang baru nk mngaku kucen dia.
Empathy my ass.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pegi letak ular tu atas cage kucing?
Memang patut ah kena kecam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing kan among deadliest predator. Yeke trauma. Kucing iols nampak biawak dia yg terkam biawak ajak bergaduh. sampai terkincit2 member tu lari
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing iols ular lalu tepi dorang buat derk je, takleh harap langsung
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing aku bawak masuk anak ular buat main lagi tak nampak macam trauma lak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia letak ular sawa tu atas cage anak kucing. Bengap
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 09:43 PM | Show all posts
_blackbird replied at 9-5-2023 07:57 PM
Kucing kan among deadliest predator. Yeke trauma. Kucing iols nampak biawak dia yg terkam biawak aja ...

iols dah tengok vid kat youtube... ok jer kucing tu rilek jah tengok sambil buat derk...

yang trauma peponen animal association woke kot... pencinta haiwan kalau tak over memang tak sah... padahal dok menterdarah babi dan segala makanan berunsurkan haiwan... lain la theyols tu semua vegan... waktu dok melahap rendang time raya takde plak nak kisah lembu tu trauma sebelum mati jadi rendang....


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 9-5-2023 01:43 PM
iols dah tengok vid kat youtube... ok jer kucing tu rilek jah tengok sambil buat derk...

yang tra ...

Mana video nya. Share link.
Mmg certain "pecinta haiwan" ni melebih2. Sampai kucing org pon dia rembat atas alasan "menyelamatkan".
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 10:02 PM | Show all posts
_blackbird replied at 9-5-2023 09:55 PM
Mana video nya. Share link.
Mmg certain "pecinta haiwan" ni melebih2. Sampai kucing org pon dia re ...

tak jumpa plak bila cari balik... tapi iols jumpa yang ni... tengok thumbnail je lah...




Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 9-5-2023 02:02 PM
tak jumpa plak bila cari balik... tapi iols jumpa yang ni... tengok thumbnail je lah...



Ni iols tgk juga. Pak haron byk sgt bebel nya. Pastu part kucing tu gambar je. Igt ada video masa dia
Letak ular tu. Tgk gambar tu pon kucing tu pon mcm relek2 je dlm sangkar. Ular tu pon pasif je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 10:09 PM | Show all posts
Dia ni mmg bangsattt laki bini, sejak kes taduh dgn sol sbb tak dpt job tu dah terserlah kejahatan dia. Dia yg tak fit utk watak, siap merayu bagi watak kecik pun tak apa bila tak dpt, dia gunakan sentimen org tgh marah sol utk hentam org tu. Manusia babgsattt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Resipi kuehtiaw minik bila nak share?

Aku dah siap kertas dan pena .....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
yylkasy replied at 9-5-2023 03:41 PM
Sejenis bodoh sombong. Dia blocknye semua org yg tegur dia. Page Malaysia Animal Association tegur e ...

baru tau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 9-5-2023 09:09 PM
Dia ni mmg bangsattt laki bini, sejak kes taduh dgn sol sbb tak dpt job tu dah terserlah kejahatan d ...

Kan? iols pon nampak perangai dia terserlah masa kes dgn sol. Ambil kesempatan sentimen org tgh benci Sol pun ya gak. Siap nak mention makan koay teow bertambah mcm budak2 xmatang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074414 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list