CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4869|Reply: 70

[Tempatan] Kualiti murid SBP, MRSM kini jadi persoalan

[Copy link]
Post time 9-5-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYÅ: Kualiti para pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ketika ini dipertikai kerana didakwa tidak dinilai berdasarkan kebolehan akademik sebaliknya menerusi ujian kognitif dan kecerdasan minda sahaja.

Ini kerana mereka tidak diuji menerusi sistem peperiksaan utama yang boleh dipercayai seperti Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) untuk ke tingkatan satu dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk ke tingkatan empat.

Kemasukan untuk sekolah khusus itu kini hanya mengguna pakai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) manakala kemasukan ke MRSM pula melalui Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Malah keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pelajar juga dilihat tidak tulen untuk mengukur prestasi akademik seseorang pelajar. Sebabnya, ia hanya dinilai di peringkat sekolah yang markah dan tahap pencapaiannya boleh diubah suai berdasarkan kehendak dan reputasi sekolah semata-mata.


Kualiti pelajar SBP dan MRSM kini didakwa boleh dipertikai kerana tidak dinilai melalui keputusan akademik sebaliknya melalui ujian kognitif dan kecerdasan minda semata-mata.


Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon mendakwa, perkara itu berdasarkan keluhan rakan-rakan guru di sekolah berasrama yang menyatakan bahawa kualiti kemasukan murid kurang berbanding dahulu. Beliau mendakwa. kebergantungan sepenuhnya kepada ujian kemasukan itu dilihat menyukarkan tahap pengukuran pengetahuan murid sehingga menyebabkan guru terpaksa berusaha lebih dalam melahirkan pelajar cemerlang.

"Sekarang ini 100 peratus kepada ujian kemasukan itu, iadi mereka akan buat betul-betul uiian itu sampat ada kelas tambahan. Tetapi, apabila lulus, mereka sebenarnya tidak berkualiti pun.

"Di asrama penuh sekarang, memang ramai rakan guru yang bising tcntang kualiti murid, ada murid fokus ujjan kemasukan itu dan dapat, tetapi masuk asrama penuh, seksa guru," dakwanya ketika di- hubungi, semalam.

Kerajaan sebelum ini memansuhkan sepenuhnya UPSR bermula 2021 dan memperkasa secara menyeluruh PBD dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) mula diperkenalkan pada sesi persekolahan 2022/2023 bagi memperkukuhkan PBD bagi tahun 4 hingga tahun 6 untuk sekolah rendah, manakala tingkatan 1 hingga tingkatan 3 untuk sekolah menengah.

Sebagai rekod, PKS mula diguna pakai sejak 2020 untuk kemasukan ke sekolah khusus, namun keputusan UASA dalam pentaksiran sumatif tidak dijadikan penilaian sama.

Sekolah khusus merujuk kepada SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mengulas lanjut, Fouzi berpandangan, kemasukan yang diukur berasaskan ujian kcmasukan itu tidak menunjukkan konsistensi murid untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Justeru, katanya, keputusan UASA kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 untuk sekolah rendah sepatutnya diambil kira sama dalam menilai kemasukan murid ke sekolah berasrama.

"UPSR diuji anak sekolah rendah dan permohonan ke asrama penuh, sekarang ini pentaksiran tahun 4, 5 dan 6 ada, maka ia boleh menunjukkan ketekalan mereka dalam pelajaran. Mengapa tidak dijadikan kaedah untuk kemasukan ke asrama penuh?

"Kalau kementerian guna itu...mungkin dibahagikan peratusan tertentu. Jadi setiap tahun penjaga akan berjaga-jaga dan murid akan belajar, maka boleh nampak daya usaha semakin meningkat

"Kalau tidak sekarang ini murid santai sahaja, anak-anak tidak ambil endah...Tahun 4, 5 pun masih lagi boleh main telefon pintar," uiarnya.

Senada dengan beliau, seorang pengetua SBP yang enggan dikenali berkata, ujian PKSK lebih cenderung dalam menguji kesesuaian seseorang murid itu untuk tinggal di asrama dan bukannya berorientasikan akademik. Katanya, perkara itu dilihat akan memberi kesan dalam tempoh jangka masa panjang nanti kerana tahap murid itu tidak sama berbanding sebelum ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 12:45 PM | Show all posts
kelas gitu ada ujian kognitif bagai, macam nak masuk uni dah. Weols dulu kan, cikgu2 yang tolong apply kan sbp bagai tu, sebab tetiba je dapat. Pastu macam blur2 sbp tu apa, daftar sekolah lambat 2 minggu gitu. So far, memang majoritinya cerdik2 belaka, tapi ada je yang lemah dalam pelajaran sebab maybe tak serasi atau takda support yang menyeluruh untuk pelajar2 kelas belakang. Fokus banyak kat kelas2 depan je.

iols ingat lagi, masa form 3, cikgu2 yang senior banyak membantu pelajar kelas belakang untuk score esp subjek maths dan BM. Sangat efisien diorang punya teknik P&P. Sampai sekarang iols ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 9-5-2023 12:45 PM
kelas gitu ada ujian kognitif bagai, macam nak masuk uni dah. Weols dulu kan, cikgu2 yang tolong app ...

Haha sama. Time upsr blur2 pegi exam. I didn’t know that it was a big deal. Then, dapat offer pun blur jugak. Bawak balik offer letter kat parents. Diorang pun tak sangka sbb tak apply any special school pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je sekolah mana2 pun… akhir sekali kita kena percaya rezeki kerja lps sekolah Allah dah tetapkan… ni aku cakap melalu pengalaman aku & suami la…
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu SBP masuk u dlm negara dan skrg kerja sendiri, kerja tak stress…. laki aku & kakak dia sekolah harian biasa je tp diaorg dapat tajaan belajar luar negara, skrg kerja elok cuma stress la. So aku ambil keputusan tak hantar anak2 aku masuk asrama, aku nak spend masa dgn diaorg sampai umur dia habis sekolah in shaa Allah kalau diizinkan Allah. Dan nak anak2 aku belajar tak yah stress. End of the day selain bijak kena ada confident dalam diri sendiri utk biat apa yg kita nak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 9-5-2023 01:40 PM

Ujong2 markah PBS dan PBD yg fefeeling nak ikot negara terpaling maju scandinavia yg katanyehhh stodent yg baik dan bodek cigu dpt lebeh markah, yg pendiam cemerlang tak rapat dgn cigu tapi dpt kureng markahnya,
yg digunakan utk apply masok MRSM dan SBP

UPSR dan PT3 tersenyum sinis dari kuburan gaytohhhh. RIP pakar bidang sains dan math kerna ujong2 MRSM dan SBP skrg rempitanz bebudak tarap C sains dan math pung buleh masokkk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yezzzz. Betul sesangat. Ank sepupu aku yg sengal2 ubi, buat karangan pun level budak darjah 4 pun blh masuk SBP baru baru ni. Dia aktif bola je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
acik79 replied at 9-5-2023 05:04 AM
Aku dulu SBP masuk u dlm negara dan skrg kerja sendiri, kerja tak stress…. laki aku & kakak dia sek ...

Acik keje apa tak stress? Bestnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Bukankah ujian kognitif dan kecerdasan minda tu lagik susah?

2. Apa taknya kualiti merundum bukan ka SBP, MRSM sekarang ada kuota untuk pelajar bukan stok2 straight As tapi cemerlang kokurikulum?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 9-5-2023 05:09 AM
Yezzzz. Betul sesangat. Ank sepupu aku yg sengal2 ubi, buat karangan pun level budak darjah 4 pun bl ...

Memang ada kuota kemasukan untuk pelajar sebegini sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu, streaming penting dek.

KPM dengar ke tu? STREAMING PENTING DEK, PENTING.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:29 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 9-5-2023 01:09 PM
Yezzzz. Betul sesangat. Ank sepupu aku yg sengal2 ubi, buat karangan pun level budak darjah 4 pun bl ...

anak sedara aku lagilah, jalur gemilang pun tak tahu apa benda, keje nak emo sedih pakai baju gelap duduk bucu bilik je, selalu ponteng sekolah dan tak aktif sukan atau kelab, hujung2 dapat mrsm
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:30 PM | Show all posts
cikgu SBP mengada taknak ajar budak lebih skit. dah biasa ajar biasa2 tapi result gempak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat zaman2 dulu budak ada yg asik tidur aja dan malas sekli exam study macam scan buku dan exam result bagus habis exam apa dlm kepala semua lupa, kira study utk exam jah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa refer yg lahir tahun 2007 ni. Yg lahir sebelum tu mmg buat upsr
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 02:44 PM | Show all posts
uori replied at 9-5-2023 01:29 PM
anak sedara aku lagilah, jalur gemilang pun tak tahu apa benda, keje nak emo sedih pakai baju gela ...

tu baru budak kecik.. ni dah grad  commonwealth countries pun tataw... grad uitm tu

dah takde dlm teks sejarah ke? kena tanya cegu two_chzy acamni

tanya la sesapa yg conduct itw fresh grad skang.. jgn kata yg kita dah vet so dapat dtg itw, level baca resume cv pun macam tercabut nyawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 02:51 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 9-5-2023 01:18 PM
1. Bukankah ujian kognitif dan kecerdasan minda tu lagik susah?

2. Apa taknya kualiti merundum buka ...

bukan ke skang serama mrsm ni smua utk anak2 bifoti?

tak pandai takapa, janji anak ummah bangsa sabsidi.. kan acik chzy?

yg kecoh2 tak nak buat mrsm berbayar pun makpak biforti juge.. yg asik nak dengki kat m-foti t-twenti.. tu la anak2 tak menjadi semuanyierrrrrrrrrrrr phD memasing
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 03:00 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-5-2023 02:51 PM
bukan ke skang serama mrsm ni smua utk anak2 bifoti?

tak pandai takapa, janji anak ummah bangsa ...

betul..sorry lah yer..tapi mmg nampaknya gitu...


so jgn salahkan kualiti mrsm/sbp cam dolu2...



Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 9-5-2023 12:45 PM
kelas gitu ada ujian kognitif bagai, macam nak masuk uni dah. Weols dulu kan, cikgu2 yang tolong app ...

Baikmya cikgu sekolah chuols...gigih nak bdk2 berjaya. Eh apa teknik P&P cikgu chuols guna.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka cara didikan MRSM... disiplin budak2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074867 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list