View: 286|Reply: 0
|
2 Pelancong Wanita Nyaris Lemas Kereta Terjun Laut Sebab Keliru Dengan GPS
[Copy link]
|
|
Dua pelancong wanita nyaris lemas di Hawaii selepas kereta dipandu hampir tenggelam dalam laut gara-gara terkeliru dengan sistem navigasi navigasi atau Global Positioning System (GPS).
Difahamkan, mereka memandu ke Pelabuhan Honokohau sambil mengikut arah ditunjukkan sistem berkenaan ketika sedang mencari ejen perkhidmatan aktiviti snorkeling di pulau peranginan popular itu.
Mereka yang ralit mengikut panduan GPS tidak menyedari kereta dipandu menuruni tanjakan bot.
Akibatnya, kereta mereka hampir tenggelam ke dalam air.
Video tular di media sosial itu memaparkan orang awam terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan dua wanita berkenaan.
Kedua-duanya bernasib baik dan sempat dikeluarkan menerusi tingkap kereta sebelum kenderaan itu ditenggelami air.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|