CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 1

Baru Kahwin Dah Main Dadah, Banduan Akhir Sebak Dapat Peluk Ibu Uzur

[Copy link]
Post time 8-5-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Selepas 11 tahun terpisah di sebalik tirai besi, seorang banduan akhir sebak apabila dapat memeluk ibunya yang uzur pada program Jalinan Kasih sempena Aidilfitri Penjara Pokok Sena.


Menurut Amir, 43, yang kini menjalani hukuman penjara akibat jenayah dadah, pertemuan itu sangat menginsafkan diri apatah lagi melihat kesanggupan ibunya yang menghadiri majlis itu dengan berkerusi roda.


“Perasaan sedih dan gembira kerana buat pertama kali dapat memeluk mak sejak 11 tahun lepas. Mak sudah berusia 78 tahun dan tidak sihat tetapi dia sanggup datang tengok saya hari ini,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut yang berlangsung selama tiga jam.




Foto: Kosmo




Dalam program itu, seramai 15 banduan berpeluang bertemu dengan keluarga masing-masing sambil menikmati juadah hari raya dan persembahan nyanyian banduan terlibat.


Kata Amir, di sebalik bergelar banduan akhir, dia tetap menaruh harapan agar dibebaskan juga satu hari nanti melalui pengampunan Sultan.


“Itu sahaja harapan saya untuk bebas dan kembali menjalani hidup baharu bersama mak. Saya sudah insaf atas semua kesalahan saya dahulu kerana terlalu mengejar kemewahan dengan cara salah,” ujarnya.


Mengimbas tentang hukuman penjaranya atas kesalahan dadah, Amir mengakui, desakan hidup dan masalah kewangan ketika itu menjadikan dia hilang panduan hidup.


“Saya baru kahwin empat bulan ketika itu dan sanggup memilih jalan mudah untuk dapatkan wang demi kemewahan hidup dan natijahnya saya meringkuk dalam penjara,” katanya.


Seorang lagi banduan akhir, Siti, 26, yang menjalani hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaa, dia sangat merindui suasana berhari raya bersama keluarga di kampung.


“Tetapi saya sangat beruntung kerana terpilih dalam program ini dan dapat berjumpa dengan keluarga termasuk datuk dan nenek saya. Hilang kerinduan,” katanya yang didapati bersalah kerana membunuh bayi yang baru dilahirkan pada 2017. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah nampak banduan akhirnyang hensem kat hospital kajang..
Asthma kots..entah hidup ke tak skang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.043043 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list